Sunday, July 11, 2010

what a weekend :)



Hai, assalamualaikum :)


Agenda 1 : Kemas bilik


Weekend ni agak penat cket, pegi sane pegi sini, jalan sane jalan sini, keluar pagi balik malam, penatpenatpenat. wuwu. saya tulis dekat2 dan ulang untuk menunjukkan ketegasan ayat tersebut. :)

Hobi yang saya buat minggu ni ialah mengemas, nasib baik suke mengemas, kalau Allah tak bagi minat ni, xtau la ape nak jadi. hehe. So, kemas la bilik yang bak kata ibu macam bilik kucing beranak. X baik tau ibu ni, mana ada kucing dalam bilik ni apatah lagi kucing nak beranak. wuwu.

Disebabkan agak terasa dengan sindiran ibu mertuaku, eh silap, ibu kandungku itu, saya pun kemas la billik bagi cantikcantikcantik. ehee :)
nasib baik sekejap je kemas, mungkin sebab dah biasa mengemas kan, so no hal lah. (haha.statement sangat memuji diri sendiri. :P)

nak tengok gambar? tengokla betul ke x betul bilik macam kucing nak beranak ke kucing nak bersalin ke.









ok. sudah semestinya ini bukan katil saya.katil ini kepunyaan seorang gadis yang sedang belajar di UTM.





haa. ni baru katil saya, kemas x kemas! hehe. yela, sbb org sebelah dah xde kan, kite campak2 la brg2 atas katil dia. haha





ok, ini pandangan separuh dari bilik, part almari xyhla ambik kot, sbb dh confirm2 kemas kan. :P






ok. sudah.sudah.sudah. sudah2 la mengutuk bilik saya. haha :P
now dah cantik tau, walaupun x besar mana kan :( tapi kemas ok. sedap mata memandang, sejuk badan merasa sebab pasang aircond.hikhik :p





haa.macam nila bilik saya. comelcomelcomel kan.hehe
btw, bear yg warna putih tu buah hati sy bagi. eh, tp skrg dia buah hati org lain dah. wuwu :(
comelcomelcomel mcm tuan dia kan.hehe.nama dia BULAN.
:)




Agenda 2 : Bagi burung makan


Pada suatu pagi yang indah, kami 4 beranak nak sarapan. sebelum nak pegi sarapan, adik saya yang kecik ni yang paling manja ni, dok bising nak bagi burung makan. ceh, konon sungguh baik hati la tu nak bagi burung makan. haha. jahat nye kakak ni, ape la salahnya adik nak berbakti pada alam semesta. :p


Kami pun bergerak la naik kereta menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu padang berhampiran rumah. Memang kat situ banyak burung-burung singgah untuk mencari makanan. Nak2 pulak burung merpati, bukan calang2 burung tau. hehe



inilah adik yang paling kecik yang paling manja, Adam Haikal bin Kamariza, nama penuh gitu. hehe





peace.peace.peace.






itu pule kedua orang tua saya, bonda dan ayahanda. hikhik





Agenda 3 : Sarapan


ok, then ktorg pergi isi perut ktorg pulak lepas dah habis isi perut burung2 tadi. sangat cute kan burung2 tersebut. :)
mcm biasa, ktorg pergi warung kat ss19, situ mmg byk warung ke gerai ke restoran ke. tapi x semua nye sedap.hehe. kalau pegi, pandai2 la pilih. bak kata org, kalau ramai pelanggan tu maknenye sedap la tu :)



Kamariza bin Ahmad
ayahanda tercinta :)



Zaitun binti Abd Jalil
bonda tersayang :)



Adam Haikal b. Kamariza
anak bongsu keluarga :)



Khairul Badriyah bt Kamariza
anak sulung keluarga, yang paling kiut, paling comel hikhik :p



btw, saya makan roti canai je. eh roti canai pun banyak kalori tau! dan air kosong adalah air kegemaran saya :)



adik beradik saya ramai lagi sebenarnya tapi masing-masing ada hal masing-masing. so, ktorg jela yang sedia ada :)




Agenda 4 : Majlis Sambutan Isra' Mikraj


Tepat jam 5 petang lebih, saya, ibu, abah n adam bergerak ke KL utk sambutan Isra' Mikraj. Ada ceramah sikit2. on the way tu pegi tengok kereta jap kat area zoo negara tapi x best kereta tu, x cantik hehe :P


Sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................................. la pukul 2 pagi baru ktorg bertolak balik. wuwu. penat.........................penat sangat..................................orang lelaki kalau dah berborak x ingat anak bini dah.. :(

KL pulak jam bagai sane sini, tutup jalan repair jalan. dekat pukul 3 baru sampai rumah. apalagi balik terus mandi, igt nak tido tp tgk jam, teringat kat german pulak....tengok la match germany, nasib baik menang, berbaloi la jgk dgn kepenatan. :) and yang paling penting OZIL sangat handsome time match tu. eh boleh pulak cmtu kn. hehe


lepas tu, apa lagi........................... tido la sampai pagi. hikhik


tapi.tapi.


kena bangun awal jgk... sebab nak pergi ambik adik kat UTM Jalan Semarak. wuwu :(
penatnye la :(


setibanya di KL, boleh pulak tersesat, disebabkan ada masalah sedikit, masalah yang tak perlulah ditulis di sini demi menjaga nama baik UTM dan nama baik keluarga. haha

ok.pusing2 KL dekat sejam baru la jumpa pintu masuk kolej kediaman dia tu.hampeh!
kepala sume pun dah pusing, dah pening. angin sume dah naik sampai hidung.ape lagi.hehehe




disebabkan agenda2 ni agak memenatkan, xde la gambar yang cuba diambil dan direkodkan. bila kepala dah pening, badan dah penat, xde nye mood nak ambik gambar ke nak bergambar ke.

anyhow, it was a great weekend. :)

dan dan saya tak tengok pun final match semalam sbb terlampauuuu penat! lagi pun x kisah sgt siapa kalah siapa menang sbb negara yang disokong dh pn dpt tmpt ke3 :)



and sekarang, saya hanya menghitung hari sebelum tibanya hari bahagia saya. cehwah. ayat xleh blah nak gempak je. haha. ok nak tau apebenda yang bahagia nye. meh la kite tunggu sama2, 24 hari lagi :)