Monday, July 26, 2010

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. part 1

Hai dan assalamualaikum ;)






mula-mula sekali, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban. Kejap je dah tukar buku kan, kalau la kite boleh tengok isi kandungan buku amalan kite tu, mesti kite dengan terhegeh2nya nak buat kebajikan. mesti kite baru sedar yang dosa lebih banyak dari pahala. tapi itulah ujiannya, kite tak tau apa isi kandungan buku tu. 


okla, mari kita share satu benda. Ingat x 5 perkara sebelum 5 perkara?


1) Sihat sebelum sakit
2) Muda sebelum tua
3) Kaya sebelum miskin
4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati






macam dalam lagu kumpulan Raihan tu. (sebenarnye kan masa nak tulis raihan ni, saya tertulis rihanna. haha)


bagi sesiapa yang macam dah terlupa atau tetibe rasa macam nak menyanyikan lagu raihan tu, saya sediakan link dia dah ni. nah, tekan ni --- sini sini (tajuk lagu die demi masa)


saya bukan nak bagi ceramah tak berdaftar ke ape, hehe, cuma nak berkongsi peringatan ni dan menyedarkan diri sendiri, sesiapa yang macam terasa tu bagus jugak, meh la kite fikir2kan :)




kite terus pergi topik yang pertama sebab sejak kebelakangan ni, ramai orang di sekeliling saya yang diuji dengan penyakit. nauzubillah. mungkin penyucian dosa di masa silam. saya pernah terbaca dalam buku, dia berkata, "kalau anda sakit, janganlah meminta dicepatkan penyembuhan kerana terdapat banyak hikmah di sebalik penyakit tersebut"




pada hari ini kita mungkin sihat walafiat ataupun ada yang terlebih sihat tapi kita tak tahu kalau2 esok kita sakit. cuba tanya pada diri, kita dah bersedia tak untuk diuji dengan dugaan penyakit. bila mana kita diuji dengan nikmat rasa kita, kita tak mampu nak merasa berbagai2 makanan, ataupun kita diuji dengan penyakit muntah, ape je yang kita makan kita akan muntahkan. ataupun kita diuji dengan sistem penghadaman kita, yang mana usus kita tak dapat lagi memproses makanan dengan baik, so kita tak dapat nak makan makanan yang sesuke hati ibubapa kita tapi kite boleh makan makanan yang lemah lembut sahaja. 




itu baru bab makan, belum masuk bab pergerakan. cuba bayangkan kita diuji dengan penyakit yang membuatkan pergerakan kita sangat limited. kaki kita sakit, tangan kita sakit, pinggang kita sakit, semuanya sakit, macam mana nak gerak, kita sangat bergantung harap pada orang lain untuk menguruskan kita. dah bersedia ke kita dengan ujian sebegitu?




cuba kita usha2 bab masalah2 lain macam pernafasan, perkumuhan, dan lain2. kalau kita diuji dengan penyakit yang buat kita tak dapat bernafas macam biasa, tak dapat berbicara macam biasa, tak dapat membuang najis2 dan bahan kumbahan (kumuhan kan sebenarnya?) macam biasa? dah bersedia ke kita dengan ujian macam ni?




kalau kita nak kaji, kenapa agaknya penyakit2 ni menyerang kita? sedangkan kita tak pernah kacau dorg kan, kita tak pernah cari pasal dengan dorg sebab kita tak tau pun macam mana nak serang dorg haha.
okay, serius serius. dari apa yang saya perhatikan, punca utama kepada penyakit2 ini adalah gaya hidup. haa, apekebende nye gaya hidup ni?


gaya hidup ni adalah cara kita menjalani kehidupan seharian. dari kita bangun tidur sampai lah kita tidur balik. sebenarnya semua benda yang kita buat termasuklah benda2 yang paling kecik sekali sangat memberi kesan kepada badan kita waima cara kita berfikir sekali.


orang yang sihat sudah tentunya menjalani gaya hidup yang sihat. makan makanan yang berkhasiat, bersenam dengan konsistennya dan paling penting mempunyai perspektif yang sangat terbuka tentang kehidupan. janganlah kita sentiasa berfikiran negatif sebab semuaaaa yang terjadi atas bumi ni, tak kire lah atas ke bawah ke, semuanya dah ditentukan dan dirancang oleh yang Maha Kuasa, jadi kita tak perlulah nak risau lebih2, Dia adalah Perancang yang Maha Bijaksana :)


selain dari tu, pemikiran kita juge menyumbang kepada kesihatan kite. andai kata kite ditimpa masalah, kita boleh bersusah hati sekejap tapi tak boleh lama2 sebab itu boleh mengurangkan kewarasan dalam akal kita. (ok, ini bukan fakta tapi saya punya pendapat sahaja. hehe)




solat mempunyai banyak faedah termasuklah dari aspek kesihatan. dengan itu, marilah kita rajinkan diri bersolat untuk kesihatan badan dan minda. (ini kajian sains dan ada fakta cuma malas nak include)


bersenam juga dapat mengawal kesihatan badan dari segi pengumpulan lemak, berat badan, peredaran darah, jantung dan sebagainya. rajin2kan lah diri untuk bersenam, x pun buat aerobik. kalau nak badan sexy bergetah. buatlah yoga, it realy works, seriously!


and on top of everything, smile! whatever happens, smile! (^_^)



setakat ni, itu je yang saya nak share. tentang kesihatan. jagalah kesihatan anda sebaik mungkin, ingat, sihat sebelum sakit. bila dah sakit nanti susah. percayalah. 



ingat. SIHAT SEBELUM SAKIT.