Monday, March 22, 2010

Ketetapan Allah SWT

Hilang. Itulah perkataan yang boleh saya gambarkan apa yang telah terjadi pada saya beberapa hari ini. Sedih, risau, takut tapi pada masa yang sama saya tak dapat buat apa-apa perubahan, saya tak tahu kenapa tapi yang saya pasti, yang saya tahu, saya dapat berfikir, tapi saya tak dapat berubah. Seolah-olah hati saya telah mati. Seolah-olah hati ni dah terhijab. Astaghfirullah.


Saya masih ingat kejadian yang berlaku 8 tahun yang lepas, keadaan saya tak jauh beza dari mayat hidup, saya seperti dalam dunia saya sendirian. Saya tinggalkan segala kewajipan, saya abaikan segala tuntutan, saya lupakan segala minum dan makan. Saya hanya terbayang-bayang, berfikir yang bukan-bukan.


tapi waktu itu, saya tahu dan pasti apakah puncanya. Saya masih ingat ketika diberi oleh seseorang, saya disuruh meneruskan kerjanya. Seorang budak yang meningkat dewasa, yang masih belum matang dan tak tahu apa2, saya hanya mengiyakan. Akhirnya, ajaran yang diberi telah memakan diri.


Saat ini, saya tak tahu, atas sebab apa saya berubah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba, saya berubah dengan mendadak, saya menjadi orang lain dalam sekelip mata. Saya tak lagi merasakan kehebatan al-Quran, saya tak lagi merasakan keindahan solat dan saya tidak lagi merasakan kemanisan iman. Secara jujur, saya ada berusaha, saya ada membelek al-Quran dengan niat untuk mendapat petunjuk tetapi saya dapat merasakan ada suatu hijab yang sedang menyelubungi hati saya. Saya tak tahu,.


Saya cintakan dunia? Sebelum ni, saya dah cuba untuk meninggalkan seberapa banyak keseronokan dunia, saya sibukkan diri dengan kerja dan tanggungjawab, saya abaikan segala nafsu anak remaja dan berjiwa muda, saya nekad untuk mempersembahkan yang terbaik sebagai muslimah sejati tetapi saya kalah pada situasi ini. Saya berjaya mengabaikan suruhan Tuhan, saya berjaya meninggalkan segala perintah.


Mengapakah? Atas sebab apakah? Saat ini, saya berserah kepada Tuhan, mungkin Tuhan mahu tunjukkan kepada saya, Dia yang Maha Kuasa yang boleh mengubah hati seseorang dalam sekelip mata, sebab itu jangan bongkak atau bertepuk tangan apabila anda sudah merasa baik kerana saat itulah ujian yang lebih besar akan datang mengatasi ujian untuk orang-orang yang tidak beriman dan orang kafir.


Pengajaran kedua yang saya dapat, sentiasalah bergantung kepada Allah dan berdoa kepadaNya, meminta supaya hati sentiasa ditetapkan pada jalan yang benar, jangan mudah terpedaya dengan permainan dunia. Saya bercerita ini bukan untuk membuka aib sendiri, bukan juga untuk menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin mengajak anda berfikir sedalam-dalamnya, apakah pengajaran disebalik kisah ini.


Bagi sesetengah pihak mungkin tidak dapat menerima dengan jelas apa yang saya cuba sampaikan. Yang saya mampu, mendoakan kalian agar hati anda diterangkan dan disuluhkan dengan cahaya-cahaya keimanan. Ingatlah, Tuhan itu Maha Kuasa, Dia boleh melakukan apa sahaja.


"Allah pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." (2:117)

Saturday, March 20, 2010

Air Mata

Tak terkira air mata yang menitis, merembes keluar membawa segala perasaan. Apakah nilai setiap titis air mata ini? Adakah ia mempunyai harga pada pandangan Tuhan? Amatlah rugi bagi manusia yang menangis dengan sia-sia.

Bagi wanita, air mata adalah senjata, air mata adalah buah perasaan, air mata mengucapkan lebih kuat dari lidah, air mata meluahkan segala yang tersembunyi, air mata yang menitik sungguh tiada paksaan mahupun kekuatan, ia mengalir laju tanpa diminta, tanpa disuruh namun tidak juga mahu berhenti.

Atas sebab apa air mata tercipta, bagaimana air mata yang hilang bila diseka itu sungguh besar kesannya pada jiwa dan hati seseorang manusia, apakah harga bagi setiap titis air mata, mampukah ia dijual beli, semuanya bermain di onak fikiran, sungguh dahsyat kuasa Tuhan yang mengatur segala caturan hidup yang di langit dan di bumi. Subhanallah.

Air mata yang jernih tadi boleh hilang dalam beberapa ketika namun hilangkah segala perasaan yang membawa air mata, mana mungkin boleh dipadam rasa syahdu dan rindu pada Tuhan semudah itu, air mata yang mengharapkan kerinduan dan keredhaan Tuhannya, yang ingin merasa hampir pada Penciptanya, kadang-kadang, perasaan tidak boleh diluahkan dengan ucapan semata, kerana lidah itu bijak berkata-kata namun keikhlasannya belum tentu terdetik.

Air mata diibaratkan seperti mutiara yang sukar didapati, mengharapkan sejuta pengorbanan, semahal itukah harga air mata? Mungkin mudah bagi sekelompok manusia untuk air mata nya menitis tapi belum tentu membawa isi. Air mata yang manis dan mahal adalah air mata yang disulami dengan keinsafan, yang dijahit dengan benang-benang taubat, biar tak tebal namun kuat, biar tak mahal namun bertahan, biar tak cantik namun dapat mencantumkan, melonggokkan segala usaha, niat dan fikiran, agar tetap pada yang satu.

Letakkanlah air mata pada tempat yang sepatutnya, tunaikan hak air mata yang akan menjadi saksi di hadapan Penciptanya kelak. Rasakanlah kemanisan air mata yang dibaluti selimut keinsafan agar dirimu terpelihara dari api neraka. InsyaAllah.

Saturday, March 13, 2010

Fikir-fikirkan

Harini, otakku ligat berfikir, macam2 benda yang difikirkan, hal lama apatah lagi yang baru. Berfikir tentang kehidupan, apakah tujuan sebenar ku dihidupkan, bagaimanakah penciptaanku dulu2...

Seronok sebenarnya berfikir ni, di samping mencergaskan otak, berfikir jgk dpt menyedarkan diri kita.. Aku terfikir time kecik2, pnh x aku buat sesuatu kebaikan atau pnh x aku buat sbrg kejahatan..

walaupun harini sibuk dgn Karnival Sukan FSTS, tapi dlm sibuk2 buat kerja tu sbnrnya otakku berfikir, yg kdg2 buat air mata ku menitik, yg kdg2 buat mulutku tersenyum sumbing dan kdg2 buat ku tergelak mengenangkan segala kebodohan2..

apa2pun, aku bersyukur sbb diberi nikmat kehidupan, terlalu byk benda yg aku pelajari dlm hidup ni dan xde apa boleh ganti setiap titik pgjrn tu.. aku belajar ttg manusia, aku belajar ttg perasaan, aku belajar ttg kegagalan, aku belajar ttg kekecewaan dan paling penting aku belajar utk siapakah aku hidup...

masa kecik2, apa yg aku igt, aku pegi tadika sbb nak main pasir, mmg kebudak2an, pasir pun nak main...tp masa nak habis tadika tu punye la gembira sbb rasa bangga sgt bila ibu abah dtg tgk aku ambik sijil (sijil habis sekolah tadika je pun)...hehe, tp itu lah yg buat aku happy masa aku kecik2..aku x mcm budak2 lain yg simpan byk anak patung, yg aku igt aku main tanah liat, buat rumah, buat bulat2, pastu tgk cite Lulu, suka sgt dgn cerita tu, x mcm budak2 zmn skrg, kecik2 dh pegang hp, pegang ipod..betapa zaman dah berubah.. =)

semakin aku besar, semakin byk ujian hidup yg dtg, seawal 14 thn dh diuji dgn dugaan mantap yg sgt menguji kesabaran dan keimanan, bertahun2 aku bertahan, hanya tuhan yg tahu mcm mana kehidupanku sepanjang tu, yg akhirnya sgt memberi kesan pd pelajaranku, pd kehidupan sosial ku, walaupun x 'musnah' lagi tp aku dah pandai buat dosa, dah pandai nak belakangkan tuhan...astaghfirullah... :(

aku x la pandai sgt, result sentiasa average, kdg2 low dr average, dr kecik mcm tu, sbb tu selalu kena marah ngn ibu, igt lg, huhu, dan tu lah yg membuatkan aku takut utk menghadapi exam, sampai skrg, salah satu kelemahan dan ketakutan aku adalah exam, sbb tu aku x pnh buat dgn cemerlang dlm exam...

sgt byk air mata yg dh gugur krn ujian Allah, tp aku tahu Tuhan x menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya..alhamdulillah, aku masih dapat berfikir dgn waras dan sedar ttg kasih syg Allah melebihi segala-galanya..

bila dicelikkan mata, aku bertanya apa lagi yg menanti di hadapan? scr jujur dan ikhlas, aku menunggu ujian dr Tuhan krn aku tahu bila diuji bermakna Tuhan sayangkan aku. Pernah satu ketika, aku rela kehilangan 'hartaku' krn syg pd Dia, aku rela tinggalkan dunia utk bertemu dgnNya, sgt2 rindu pd Dia..

namun x dinafikan, terbit jgk saat2 bila diri diumpat, iman seperti digoncang2, akal kdg2 x dpt menerima, saat sahabat berpura2, kalau bukan krn Allah dan kalau bkn krn panduan Al-Quran, x mungkin aku dpt bertahan, hai Tuhan, hidup ini mmg mencabar, engkau yg menciptakan aku, dan kepada engkaulah aku kembali..

kalaulah boleh aku rakamkan video kehidupanku sebelum ni, ingin aku tunjukkan pd adik2 supaya mereka sedar dunia ini bukan tempat bersuka ria, bukan tempat bergelak tawa, bukan tempat berhibur semata2, tp hanyalah satu persinggahan utk kita mengutip dan mengumpul bekalan supaya bahagia di alam yg lebih kekal... nampakkah oleh mu wahai adik2 apa yg ku ucapkan ni?

mmg bckp itu lbh sng dr melakukan, tp setiap org dikurniakan akal utk berfikir, Allah x menjadikan manusia itu dgn sia2, melainkan utk beribadah kpdNya..