Thursday, January 28, 2010

Jawapan Allah dalam Al-Quran

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216



KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286



RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli diri org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129



ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12





Tuesday, January 26, 2010

Lawatan Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum w.b.t,

Sabtu yang lepas, saya dan beberapa orang muslimin dan muslimat dari UNIMAS yang mewakili Unit Pengurusan Masjid Unimas (UPMU) mengadakan lawatan sehari bersama anak-anak yatim di rumah kanak-kanak Kuching.

Berbekalkan mata yang mengantuk (kerana tidur lewat & hanya dpt 2 jam tidur), saya melangkah gagah bergerak ke Cempaka dan cuba sampai di tempat berkumpul pada waktunya. Bukankah orang yang memungkiri janji itu orang yang munafik?

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik / Muna :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).


Bas pun tiba pada waktunya, kusangkakan perjalanan ke sana dapat melelapkan mata ku walaupun sekejap tp suasana yang sangat sejuk dan jarak perjalanan yang dekat tak berjaya melelapkan mataku..hehe

Setengah jam kemudian, kami tiba lah di tempat kejadian (Rumah Kanak-kanak Kuching tu la).. then, saya melihat adik2 kecil beratur dalam barisan. Saya mula rindukan adik2 saya, apa pun, adik2 sendiri lain perasaannya..hehe

Kami perkenalkan diri masing2, aih, saya ni ada satu penyakit agaknya, gementar bila bercakap kat depan, huhu, tak biasa lagi agaknya, nanti2 lah, biasakan diri :)

Bermulalah perhubungan mulia pada hari itu, kanak2 yang sungguh comel dengan gelagat masing2 dan sangat aktif. Pengalaman pertama saya sungguh menggembirakan, yang paling penting sungguh bermakna sebab ia mengajar saya untuk lebih bersyukur dan menghargai kehidupan. Kita semua dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab, dikurniakan tempat tinggal yang selesa tanpa perlu mengharap simpati orang, dikurniakan adik-beradik yang riuh dan menghiburkan tanpa perlu menyimpan perasaan melihat adik-beradik orang lain. Kadang2 kita tak sedar akan nikmat yang Allah kurniakan, yang kita kecohkan dengan nikmat yang tiada depan mata kita. Astaghfirullah, mintak2 dijauhkan perasaan tidak bersyukur itu dalam diri saya..

Terlalu banyak yang berlaku dan banyak yang saya belajar dari adik2 kecil ni, biar pun usia dah meningkat 20 tapi pengalaman saya ada yang tak sehebat adik2 tu, semoga adik2 menjadi orang yang tabah mengharungi dugaan hidup, hidup ini tak sentiasa mudah tapi tak juga sentiasa susah, Tuhan itu Maha Adil.

Saat untuk pulang ke UNIMAS, sedih untuk dikatakan, saya akhirnya berjaya menitikkan airmata, hehe, xpala, orang tengok pun xpala, nak buat macam mana kan, saya seorang yang mudah menangis jugak, so memang xda hal la..hehe

ketika saya peluk dan bersalam dengan mereka, harapan saya cuma satu, bukan mengharapkan kehidupan mereka lebih senang, bukan mengharapkan lebih ramai orang yang melawat, bukan mengharap lebih banyak kekayaan yang mereka dapat tapi saya sangat berharap mereka akan menjadi setabah yang mungkin dan tekad dalam mencari redha Allah tidak kira dalam keadaan susah atau senang.


Friday, January 22, 2010

Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Jika ya, berapa banyak keyakinan kamu padaNya?


Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Jika ya, apa bukti kamu berkata begitu?


Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Jika ya, mengapa kamu masih mengeluh?


Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Jika ya, mengapa kamu masih bersedih?


Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?

Jika ya, mengapa kamu masih tidak beriman?


Tanyakan soalan-soalan di atas pada diri kita sendiri, dapatkah kita menjawab dengan jujur, sedangkan kita sendiri tiada mengetahui jawapannya.. Bukankah itu sudah membuktikan bahawa hanya Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana?



Thursday, January 21, 2010

PIZZA HUT

yesterday we went to PIZZA HUT at KOTA SAMARAHAN sekadar untuk release tension yang dah level berapa dah, tak tau..hehe..but we end up stressing more to ourselves since the money had also been released..

oh God, what a life i am having yet i am seriously enjoying it.. syukur alhamdulillah (^^,)

several pictures were taken since we learned that past time can never be return, so to make it lives, we recorded it.

kata Imam Syafie "Yang paling jauh bukannya bintang atau mentari,tetapi adalah masa yang berlalu dan takkan kembali.Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan,Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.Yang ada hanya hari ini dan akan datang.Gunakan hari ini sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita,Sedangkan semalam telah pergi selamanya..."









and apa lagi, balik tu terus grab my organizer and continue with my work, work and work. (-,-)

She said something..

She cried, no tears were falling down but smiles were drawn all around.

She cried, neither one hears nor sees, how lucky it is.

She cried, she let it out but somehow something left inside and won't come out.

She cried, she spoke, not to her buddy and enemy, just one and only Him.

She cried, sitting down at the corner of the room, she made it gloom.

She cried, but she smiled, to herself and everyone else.


She wasn't lucky but she knew she's steady.

She wasn't great but she knew she has the strength.

She wasn't wealthy but she knew she had more than enough.

She wasn't pretty but she never cares.

She wasn't superb but she's trying to be the best.


She hopes she will be happy.

She hopes she will be pretty.

She hopes she will be wealthy.

She hopes she will be the best.

She hopes she will be loved and get to love.

She hopes she has company.


Not in this faking world,

not by those cheating humans,

not for these meaningless money and property,

not with those pretenders,

but from one and only,

her God,

from which she asks for a life,

for happiness,

for greatness,

in the heaven.

(^^,)

Tuesday, January 19, 2010

Realiti Kehidupan

Busy, ataupun sgt busy, wah, kerja mmg byk, study pn kena consistent, kalau pointer turun, habis laa..huhu..kdg2 rs nk mengeluh tp x baik mengeluh2...aiyoyo, moga2 kuat smgt n cukup tenaga utk buat segala mcm kerja...

Yep, sakit pn ada dtg blk, since dh skip mkn ubat for few days, tgk ada lg 6 kotak utk dihabiskan,,huhu,,and 2 botol besar...Ya Allah, mampu ke aku nk bertahan lg...knp tiba2 hilang smgt nk sembuh, hilang smgt mkn ubat...yes, at one point, kita akan rasa ubat itu bukan lagi ubat...hehe...mendalam x maksud? yep, mendalam maksud dia, siapa yg melalui je akan faham..

Hidupku penuh dgn aktiviti, mtk maaf kalau xdpt meluangkan masa dgn rakan2, atau ada yg berkecil hati dgn diriku ini...sy bukan manusia sempurna, hrp dpt bertolak ansur, sy xdpt penuhi semua permintaan...

Semoga apa yg direncanakan berhasil dan apa yg dikerjakan diberkati dan diredhai Allah, itu je harapanku, tak perlu diberi gaji atau elaun, tak perlu diberi hadiah atau cenderamata, cukup dgn rahmat Allah, dan diberi ketenangan utk ku lalui hari2 akan dtg...sememangnya semakin hari menjadi semakin sukar, semakin byk yg perlu ditempuh, semakin mencabar kehidupan, berjaya atau tidak, hanya di tgn Allah, cuma usaha, doa dan tawakal mengiringi perjalanan...amin2

Banyak menyibukkan diri dgn aktiviti JPK kolej kdg2 membuat ku rasa bahagia, sbb itu blh mengalihkan perhatian drpd prkara x bfaedah atau pkara yg menyedihkan, ku punya cita2 utk kolej tersyg ni, wpn x mndpt sokongan moral atau xda org yg blh bkongsi suka duka spjg perjuangan, ku akn teruskan krn yakin dgn petunjuk tuhan, Dia yg akn ku kongsikan semua suka duka, pahit manis, susah sng, yea, krn manusia ini x blh digantung hrp, kelak akan dikecewakan...

Saat dan ketika ini, kita blh kenal siapa kawan dan siapa lawan...kita blh knl mana kaca mana permata...Ya Allah, ujian itu adakala menyakitkn, tp aku sdr aku sdg diajak berkomunikasi, dan hanya zikir yg merapatkn aku dgnMu, mmg benar, dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.... (^^,)

Friday, January 15, 2010

Mahukah kau...

Terpandang masa lalu, perasaan malu singgah di hati, malu pada Tuhan, yang menciptakan diri dan sekalian makhluk. Terlalu banyak dosa telah terbuat, yang besar yang kecil, yang zahir yang batin, yang sengaja dan yang tidak sengaja. Saat di mana betapa jahilnya diri, yang tak mahu belajar tentang agama Allah, yang tak tahu mensyukuri nikmat2 Tuhan, yang sentiasa mengeluh dalam setiap ujian.

Ya Allah, mahukah kau ampunkan dosa2 ku? Sedangkan Nabi Adam sendiri mengambil masa 300 tahun menangis, apatah lagi manusia hina ini, layakkah mendapat pengampunanMu?

Ya Allah, mahukah kau terima taubatku? Sesungguhnya aku takut untuk ke nerakaMu namun aku sedar siapalah aku, betapa banyaknya dosaku..

Ya Allah, mahukah kau pedulikan aku? Aku redha diberi ujian jikalau itu dapat mendekatkan diriku denganMu, jikalau itu membuat aku bertambah cinta kepadaMu Ya Allah..

Ya Allah, mahukah kau berikan cintaMu kepadaku? Aku sedar aku pernah berpaling dariMu, aku pernah lupakan cintaMu tapi bagiku sekarang, itulah nyawaku..

Ya Allah, mahukah kau meredhai aku? Sesungguhnya, niatku hanyalah satu, hanya Engkaulah maksudku dan keredhaan kau yang ku inginkan..

Ya Allah, mahukah kau bertemu dengan ku? Kerana aku sungguh rindu untuk bertemu denganMu..Bilakah waktu itu wahai Tuhanku..

Thursday, January 14, 2010

No forcing2... (^^,)

Tak boleh dipaksa, memang tak boleh dipaksa. Benda macam tu, bukan perkara main2. Ini soal hidup dan mati. Kita tak tahu apa yang dia fikirkan, apa yang dia inginkan. Biarlah seseorang tu buat sesuatu benda dengan rela, barulah dia akan menikmati kebahagiaan yang sebenar. Baik macam mana pun, kalau dah tak suka, takde apa yg boleh buat.

Senang cerita, serah pada takdir sahaja, Tuhan tu Maha Bijaksana, Dia Raja langit dan bumi, Dia dah susunkan jalan cerita untuk semua hambanya, tak perlulah kita risau, and apa yang ditentukannya tu insyaAllah akan menjadi yang terbaik utk manusia itu, cuma perlu cukup kuat dan tabah di samping redha dan bersyukur.

Cerita yang lepas memang tak boleh dipadam sebab dah tertulis dengan pen...hehehe..nak guna liquid paper, sayang la pulak, rosak diari nanti..hek3...gurau je..anyway, yang dah lepas, what we can do, biarkan ia lepas dan ambk pgjrn dari kisah yg lepas...Rugilah seseorang manusia tu kalau dia tidak memperbetulkan kesalahannya dan tidak mengambil iktibar dari kesilapannya.

Saya tak bermaksud apa yang terjadi tu satu kesilapan tapi sedikit sebanyak ada kesalahan di sana sini, Tuhan Maha Mengetahui and Dia juga Maha Pengampun. Bertaubatlah sebelum tiba masanya, sebelum datang 5 perkara, sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

Kpd org tertentu, awk nak kahwin dgn siapa, kahwin lah, saya tak kisah dan saya cuma doakan awak bahagia. Janganlah rasa tersekat atau rasa terkokong dgn harapan org lain. Saya pun tak pernah lagi meletak apa2 harapan, cukup baik dah kalau takde dendam atau pun rasa sakit hati. Apa yang dah jadi, tu lah yang terbaik sebenarnya. Saya dah berubah kepada seorang manusia yang lebih menghayati erti kehidupan, yang lebih menghargai setiap detik utk saya melakukan amal kebajikan.

Saya harap awak akan dapat petunjuk and rasa sama macam mana saya rasa sekarang, hidup yang cukup indah dihiasi dengan kasih sayang Allah, dan segalanya kita letakkan pada Allah. Kasih kita, rindu kita, masa kita, tenaga kita, ucapan kita, hati kita, segalanya pada Allah. Allah itulah kekasih yang sejati kerana dia Al-Wadud,Maha Pencinta.

Sedarlah awak dari khayalan dunia yang sungguh tidak bererti, cepatlah bertaubat sebelum terlambat dan berdoalah semoga awak dikurniakan isteri yang solehah yang bakal membuat hidup awak tenang, bahagia di dunia dan di akhirat. Jangan dipandang pada kecantikan luaran kerana itu adalah tuntutan hawa nafsu sebenarnya and ia takkan ke mana-mana. Biarlah wanita itu beauty peagent ataupun model, kalau dia tak dapat menenangkan hati awk, awk tetap takkan bahagia dengan kecantikan sementara tu.

Memang betul, kata mak ayah kita kena ikut tapi biasalah manusia, cakap mereka itulah yang sering kita abaikan. Mereka cuma nak yang terbaik. Secara jujur, saya tak kisah apa yang akan terjadi sekarang sebab niat saya cuma satu, Allah Taala, segala apa yang saya lakukan kerana Allah. Biar dikurniakan siapa sahaja yang akan menjadi suami, saya redha dan terima dengan hati terbuka, sebab saya tau, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia takkan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

Banyakkanlah berzikir kerana itu dapat menenangkan hati awk yang serabut. Serahkan segalanya pada Allah Taala, insyaAllah semuanya akan selesai dengan lancar, tenang dan baik. Jalankan kehidupan seharian awk kerana Allah Taala, insyaAllah rezeki yang awk perolehi akan jadi lebih berkat. Sungguh tak berbaloi awk penat bekerja kalau rezeki yang awk dpt tak diberkati Allah. Biar tak banyak, janji mendapat keredhaan Allah kerana di situ awak akan bahagia.

Saya doakan awk bahagia..
Wallahu'alam. :)

Wednesday, January 13, 2010

adab dan akhlak

Salam.

Saya nak sampaikan satu cerita yang sedikit sebanyak di dalamnya, tersimpan berbagai pengajaran dan hikmah. Mudah-mudahan kita semua dapat ambil iktibar dan cuba apply dalam kehidupan seharian.

Saya mula perasan kejadian ni sejak cuti yang lepas, sebelum ni mungkin saya tak perasan ataupun saya masih tak dapat menilai kejadian macam tu.

Sehari sebelum Awal Muharram, saya dan keluarga ada kat Johor Bahru, malam tu barulah ktorg bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sampai kat satu perhentian, ktorg singgah untuk menunaikan kewajipan, waktu tu nak dekat Maghrib.

Dah selesai saya Asar, saya duduk tunggu masuknya waktu Maghrib yang tinggal lagi lebih kurang 20 minit. Saya berteleku lah atas sejadah. Sebelah saya ada seorang makcik, macam saya mungkin, menunggu masuknya waktu Maghrib cuma bezanya makcik tu ada memegang buku yassin. Sambil2, saya isikan waktu saya dengan perkara lain. Tiba-tiba saya ditegur oleh makcik tu.

Makcik : Esok dah tahun baru.
Saya : Ya, makcik. Selamat tahun baru.
Makcik : Bacalah doa Awal Muharram ni nak, insyaAllah, permulaan yang baik akan berjalan dengan baik.
Saya pun ambik buku dari makcik tu dan baca serta menghayati doa tu. Saat tu, saya rasa sungguh terharu, sebab saya berasa bahagia dengan agama saya yang cukup indah. Saya berasa bersyukur sebab saya menganggap perkara itu adalah rahmat dari Tuhan.

Cerita kedua juga lebih kurang tapi berbeza sikit dari yang sebelumnya. Saya balik kampung saya kat Melaka, sebelum tu singgah kat surau. Dalam saya nak masuk ke surau,ada seorang nenek ni hulurkan tangannya dan berikan salam. Sekali lagi saya berasa bahagia dan terharu. Betapa cantiknya adab dan akhlak yang baik tu. Betapa tenangnya saya rasa bila disambut dan diberi salam sebegitu rupa.

Cerita ketiga berlaku di Kuching Sarawak. Saya dan kawan2 pergi jalan2 kat area Kuching, makan2, sampai waktu Maghrib, kitaorang singgah satu masjid dekat Kuching tu. Biasalah, kami tak pernah pergi masjid tu, so tak tau lah selok belok dia, mana nak ambik wudhu', mana area muslimah. Ada seorang hamba Allah bernama pakcik ni, guide kitaorang dari awal kitaorang sampai masjid tu sampailah kitaorang selesai melangkah keluar masjid. Pakcik tu tunjuk mana nak ambik wudhu', mana nak solat utk muslimah. Melangkahnya saya dalam masjid tu, ada lagi seorang pakcik sambut kedatangan kitaorang dengan salam. Secara jujur, saya sangat bahagia dan tenang dengan ketiga-tiga kejadian ni.

Apa yang saya dapat ambik dari kisah ni, betapa baiknya menyampaikan salam sesama muslim, betapa baiknya menyambut kedatangan muslim yang lain ke masjid, betapa baiknya berkongsi ilmu yang dikurniakan Allah, betapa baiknya menghulurkan salam sesama muslim walaupun belum pernah kenal antara satu sama lain.

Alangkah bagusnya kalau setiap muslim dapat mengamalkan sikap yang seperti dalam kisah2 tadi, yang kebanyakannya masih dipegang lagi oleh golongan tua. Semoga kita semua dapat mengamalkan adab dan akhlak yang baik tadi, untuk keharmonian kita bersama dan jugak untuk kekuatan umat Islam tu sendiri. (*_*)

Friday, January 08, 2010

Harapan

Harapan.. apa itu harapan? saya pasti semua pasti mempunyai harapan masing2 tak kira besar atau kecil.. semakin kita dewasa semakin kita faham erti harapan.. ada yang meletakkan secara duniawi dan ada juga yang meletakkan pada ukhrawi, itu terpulang kepada pandangan masing2..

Ada orang berpesan, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi atau jangan meletakkan sesuatu harapan pada perkara yang kita rasa kita takkan dapat kerana bimbang kita akan kecewa di kemudian hari.. namun, harapan pada Allah tidak pernah mengecewakan malah membahagiakan..

Manusia sentiasa berharap, antara sedar ataupun tidak, harapan mereka hanyalah satu iaitu yang Maha Esa. Manusia sentiasa mencari Tuhan, manusia sentiasa mencari sifat-sifat tuhan..mugkin mereka tidak sedar, tetapi dalam setiap perkara di atas muka bumi ini, semuanya berharap kepada Tuhan yang satu. Manusia telah dikurniakan akal fikiran yang tiada diberi pada makhluk yang lain. tetapi, amat jarang dan sedikit sekali akal itu digunakan untuk berfikir tentang Allah, tentang Tuhan yang menciptakan..

" Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya (manusia), dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia mengurniakan kepadamu pendengaran, penglihatan dan (perasaan) hati, (tetapi) hanya sedikit daripada kamu yang bersyukur " - Surah As-Sajadah 32:9

Kita sering lalai, alpa dengan dunia yang dipinjamkan. Dalam setiap zarah udara yang kita sedut yang kita fikir memberikan nyawa dan kehidupan, kita lupa bahawa semua itu datang dari Allah Tuhan yang Maha Esa. Untuk setiap titik cahaya yang disinarkan matahari yang sentiasa menerangi kehidupan siang agar manusia dan seluruh makhluk dapat bekerja dan mencari rezeki, kita sering lupa, cahaya itu kepunyaan Allah, matahari itu juga hamba Allah.

Saksikanlah kepatuhan matahari dan bulan kepada Tuhannya, yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya, tidak pernah lari keluar walau sedikit pun..kenapa manusia seringkali susah untuk bergerak pada paksinya, mengikut panduan dan sunnah yang diberikan, manusia seringkali suka sahaja untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan kebenarannya dan yang sepatutnya. manusia ini suka sahaja untuk mencipta kekacauan dan kemurkaan Allah.

" Dan ikutilah apa yang paling baik dari apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu..." - Surah Az-Zumar 39 : 55 -

Setiap manusia dikurniakan hati yang satu, yang mempunyai fitrah yang sama, yang inginkan kedamaian, yang inginkan kecintaan, yang inginkan kebahagiaan.. tiada manusia yang inginkan dirinya dizalimi, dirinya disakiti dan dibenci.. Allah itu Maha Suci, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Kasihnya terhadap hambanya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya..

Tuhan tidak mengira bangsa dan agama, usia dan paras rupa, darjat atau pangkat, semua orang dikurniakan nikmat yang tiada terhingga. Diberikan udara untuk kita hidup, diberikan kita cahaya untuk hidup, diberikan kita rezeki untuk hidup tapi pernahkah didalami erti hidup itu, pernahkah difikirkan untuk apa Tuhan mengurniakan sedemikian nikmat kepada hambaNya.. Tujuannya hanyalah satu, untuk menyembah Allah. Allah tidak putus memberi nikmat biarpun diingkari dan dilupakan.

Maha Suci Allah, yang sentiasa menjaga dan melindungi kita tak kira masa, tanpa diminta dan disuruh, kenapa kah manusia ini tidak dapat melihat?

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta itu adakah mata hati yang ada di dalam dada. " - Surah Al-Hajj 22 : 46 -

Harapan saya, pada sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan ini, semoga Tuhan memberi lebih banyak taufiq dan hidayah untuk berbuat lebih amal dan kebaikan.

Sampaikan lah walau sepotong ayat.. (*_*)

Saturday, January 02, 2010

Kelebihan Solat Tahajjud

Saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa begitu seronok dan memang patut dikongsi. kelebihan solat tahajjud. rasanya semua dah cukup maklum, solat tahajjud punya banyak kelebihan tapi saya sengaja ingin berkongsi di sini supaya kita sentiasa sedar akan nikmat itu memandangkan manusia ini selalu sahaja terlupa. Diharapkan pada sesiapa yang membaca dapat mengamalkan amalan mulia ini, tidak dapat setiap malam, sekurang-kurang seminggu sekali. tidak dapat seminggu sekali, sekurang-kurangnya sebulan sekali, insyaAllah kita akan sentiasa dilindungi dan dipelihara di bawah limpahan rahmatNya.

1. Solat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat tahajjud tapi amat sedikit yang dapat melakukannya.

2. Hadith: Jibril a.s telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata kepada baginda: " Wahai Muhammad, hiduplah selama mana engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti berpisah meninggalkannya, dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa pada manusia. "

3. Sabda Nabi s.a.w : 2 raka'at solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya. kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah aku fardhukan ia.

4. Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.

5. Solat tahajjud merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Solat tahajjud dapat menghapuskan dosa-dosa.

7. Solat tahajjud dapat menyihatkan badan.

8. dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun ke langit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka aku ampunkannya. Adakah terdapat orang yang meminta? maka aku berikannya. Adakah terdapat yang meminta petunjuk? maka kuberikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga? maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya. Adakah terdapat yang memohon perlindungan daripada neraka? maka aku lindungi ia dari neraka.

8. Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya melainkan pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 raka'at solat tahajjud.

9. Waktu tahajjud adalah waktu yang teristimewa untuk penerimaan doa.

10. Ia juga merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang terbuka.

Wallahu'alam.