Thursday, January 14, 2010

No forcing2... (^^,)

Tak boleh dipaksa, memang tak boleh dipaksa. Benda macam tu, bukan perkara main2. Ini soal hidup dan mati. Kita tak tahu apa yang dia fikirkan, apa yang dia inginkan. Biarlah seseorang tu buat sesuatu benda dengan rela, barulah dia akan menikmati kebahagiaan yang sebenar. Baik macam mana pun, kalau dah tak suka, takde apa yg boleh buat.

Senang cerita, serah pada takdir sahaja, Tuhan tu Maha Bijaksana, Dia Raja langit dan bumi, Dia dah susunkan jalan cerita untuk semua hambanya, tak perlulah kita risau, and apa yang ditentukannya tu insyaAllah akan menjadi yang terbaik utk manusia itu, cuma perlu cukup kuat dan tabah di samping redha dan bersyukur.

Cerita yang lepas memang tak boleh dipadam sebab dah tertulis dengan pen...hehehe..nak guna liquid paper, sayang la pulak, rosak diari nanti..hek3...gurau je..anyway, yang dah lepas, what we can do, biarkan ia lepas dan ambk pgjrn dari kisah yg lepas...Rugilah seseorang manusia tu kalau dia tidak memperbetulkan kesalahannya dan tidak mengambil iktibar dari kesilapannya.

Saya tak bermaksud apa yang terjadi tu satu kesilapan tapi sedikit sebanyak ada kesalahan di sana sini, Tuhan Maha Mengetahui and Dia juga Maha Pengampun. Bertaubatlah sebelum tiba masanya, sebelum datang 5 perkara, sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

Kpd org tertentu, awk nak kahwin dgn siapa, kahwin lah, saya tak kisah dan saya cuma doakan awak bahagia. Janganlah rasa tersekat atau rasa terkokong dgn harapan org lain. Saya pun tak pernah lagi meletak apa2 harapan, cukup baik dah kalau takde dendam atau pun rasa sakit hati. Apa yang dah jadi, tu lah yang terbaik sebenarnya. Saya dah berubah kepada seorang manusia yang lebih menghayati erti kehidupan, yang lebih menghargai setiap detik utk saya melakukan amal kebajikan.

Saya harap awak akan dapat petunjuk and rasa sama macam mana saya rasa sekarang, hidup yang cukup indah dihiasi dengan kasih sayang Allah, dan segalanya kita letakkan pada Allah. Kasih kita, rindu kita, masa kita, tenaga kita, ucapan kita, hati kita, segalanya pada Allah. Allah itulah kekasih yang sejati kerana dia Al-Wadud,Maha Pencinta.

Sedarlah awak dari khayalan dunia yang sungguh tidak bererti, cepatlah bertaubat sebelum terlambat dan berdoalah semoga awak dikurniakan isteri yang solehah yang bakal membuat hidup awak tenang, bahagia di dunia dan di akhirat. Jangan dipandang pada kecantikan luaran kerana itu adalah tuntutan hawa nafsu sebenarnya and ia takkan ke mana-mana. Biarlah wanita itu beauty peagent ataupun model, kalau dia tak dapat menenangkan hati awk, awk tetap takkan bahagia dengan kecantikan sementara tu.

Memang betul, kata mak ayah kita kena ikut tapi biasalah manusia, cakap mereka itulah yang sering kita abaikan. Mereka cuma nak yang terbaik. Secara jujur, saya tak kisah apa yang akan terjadi sekarang sebab niat saya cuma satu, Allah Taala, segala apa yang saya lakukan kerana Allah. Biar dikurniakan siapa sahaja yang akan menjadi suami, saya redha dan terima dengan hati terbuka, sebab saya tau, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia takkan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

Banyakkanlah berzikir kerana itu dapat menenangkan hati awk yang serabut. Serahkan segalanya pada Allah Taala, insyaAllah semuanya akan selesai dengan lancar, tenang dan baik. Jalankan kehidupan seharian awk kerana Allah Taala, insyaAllah rezeki yang awk perolehi akan jadi lebih berkat. Sungguh tak berbaloi awk penat bekerja kalau rezeki yang awk dpt tak diberkati Allah. Biar tak banyak, janji mendapat keredhaan Allah kerana di situ awak akan bahagia.

Saya doakan awk bahagia..
Wallahu'alam. :)