Friday, January 08, 2010

Harapan

Harapan.. apa itu harapan? saya pasti semua pasti mempunyai harapan masing2 tak kira besar atau kecil.. semakin kita dewasa semakin kita faham erti harapan.. ada yang meletakkan secara duniawi dan ada juga yang meletakkan pada ukhrawi, itu terpulang kepada pandangan masing2..

Ada orang berpesan, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi atau jangan meletakkan sesuatu harapan pada perkara yang kita rasa kita takkan dapat kerana bimbang kita akan kecewa di kemudian hari.. namun, harapan pada Allah tidak pernah mengecewakan malah membahagiakan..

Manusia sentiasa berharap, antara sedar ataupun tidak, harapan mereka hanyalah satu iaitu yang Maha Esa. Manusia sentiasa mencari Tuhan, manusia sentiasa mencari sifat-sifat tuhan..mugkin mereka tidak sedar, tetapi dalam setiap perkara di atas muka bumi ini, semuanya berharap kepada Tuhan yang satu. Manusia telah dikurniakan akal fikiran yang tiada diberi pada makhluk yang lain. tetapi, amat jarang dan sedikit sekali akal itu digunakan untuk berfikir tentang Allah, tentang Tuhan yang menciptakan..

" Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya (manusia), dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia mengurniakan kepadamu pendengaran, penglihatan dan (perasaan) hati, (tetapi) hanya sedikit daripada kamu yang bersyukur " - Surah As-Sajadah 32:9

Kita sering lalai, alpa dengan dunia yang dipinjamkan. Dalam setiap zarah udara yang kita sedut yang kita fikir memberikan nyawa dan kehidupan, kita lupa bahawa semua itu datang dari Allah Tuhan yang Maha Esa. Untuk setiap titik cahaya yang disinarkan matahari yang sentiasa menerangi kehidupan siang agar manusia dan seluruh makhluk dapat bekerja dan mencari rezeki, kita sering lupa, cahaya itu kepunyaan Allah, matahari itu juga hamba Allah.

Saksikanlah kepatuhan matahari dan bulan kepada Tuhannya, yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya, tidak pernah lari keluar walau sedikit pun..kenapa manusia seringkali susah untuk bergerak pada paksinya, mengikut panduan dan sunnah yang diberikan, manusia seringkali suka sahaja untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan kebenarannya dan yang sepatutnya. manusia ini suka sahaja untuk mencipta kekacauan dan kemurkaan Allah.

" Dan ikutilah apa yang paling baik dari apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu..." - Surah Az-Zumar 39 : 55 -

Setiap manusia dikurniakan hati yang satu, yang mempunyai fitrah yang sama, yang inginkan kedamaian, yang inginkan kecintaan, yang inginkan kebahagiaan.. tiada manusia yang inginkan dirinya dizalimi, dirinya disakiti dan dibenci.. Allah itu Maha Suci, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Kasihnya terhadap hambanya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya..

Tuhan tidak mengira bangsa dan agama, usia dan paras rupa, darjat atau pangkat, semua orang dikurniakan nikmat yang tiada terhingga. Diberikan udara untuk kita hidup, diberikan kita cahaya untuk hidup, diberikan kita rezeki untuk hidup tapi pernahkah didalami erti hidup itu, pernahkah difikirkan untuk apa Tuhan mengurniakan sedemikian nikmat kepada hambaNya.. Tujuannya hanyalah satu, untuk menyembah Allah. Allah tidak putus memberi nikmat biarpun diingkari dan dilupakan.

Maha Suci Allah, yang sentiasa menjaga dan melindungi kita tak kira masa, tanpa diminta dan disuruh, kenapa kah manusia ini tidak dapat melihat?

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta itu adakah mata hati yang ada di dalam dada. " - Surah Al-Hajj 22 : 46 -

Harapan saya, pada sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan ini, semoga Tuhan memberi lebih banyak taufiq dan hidayah untuk berbuat lebih amal dan kebaikan.

Sampaikan lah walau sepotong ayat.. (*_*)