Tuesday, January 26, 2010

Lawatan Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum w.b.t,

Sabtu yang lepas, saya dan beberapa orang muslimin dan muslimat dari UNIMAS yang mewakili Unit Pengurusan Masjid Unimas (UPMU) mengadakan lawatan sehari bersama anak-anak yatim di rumah kanak-kanak Kuching.

Berbekalkan mata yang mengantuk (kerana tidur lewat & hanya dpt 2 jam tidur), saya melangkah gagah bergerak ke Cempaka dan cuba sampai di tempat berkumpul pada waktunya. Bukankah orang yang memungkiri janji itu orang yang munafik?

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik / Muna :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).


Bas pun tiba pada waktunya, kusangkakan perjalanan ke sana dapat melelapkan mata ku walaupun sekejap tp suasana yang sangat sejuk dan jarak perjalanan yang dekat tak berjaya melelapkan mataku..hehe

Setengah jam kemudian, kami tiba lah di tempat kejadian (Rumah Kanak-kanak Kuching tu la).. then, saya melihat adik2 kecil beratur dalam barisan. Saya mula rindukan adik2 saya, apa pun, adik2 sendiri lain perasaannya..hehe

Kami perkenalkan diri masing2, aih, saya ni ada satu penyakit agaknya, gementar bila bercakap kat depan, huhu, tak biasa lagi agaknya, nanti2 lah, biasakan diri :)

Bermulalah perhubungan mulia pada hari itu, kanak2 yang sungguh comel dengan gelagat masing2 dan sangat aktif. Pengalaman pertama saya sungguh menggembirakan, yang paling penting sungguh bermakna sebab ia mengajar saya untuk lebih bersyukur dan menghargai kehidupan. Kita semua dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab, dikurniakan tempat tinggal yang selesa tanpa perlu mengharap simpati orang, dikurniakan adik-beradik yang riuh dan menghiburkan tanpa perlu menyimpan perasaan melihat adik-beradik orang lain. Kadang2 kita tak sedar akan nikmat yang Allah kurniakan, yang kita kecohkan dengan nikmat yang tiada depan mata kita. Astaghfirullah, mintak2 dijauhkan perasaan tidak bersyukur itu dalam diri saya..

Terlalu banyak yang berlaku dan banyak yang saya belajar dari adik2 kecil ni, biar pun usia dah meningkat 20 tapi pengalaman saya ada yang tak sehebat adik2 tu, semoga adik2 menjadi orang yang tabah mengharungi dugaan hidup, hidup ini tak sentiasa mudah tapi tak juga sentiasa susah, Tuhan itu Maha Adil.

Saat untuk pulang ke UNIMAS, sedih untuk dikatakan, saya akhirnya berjaya menitikkan airmata, hehe, xpala, orang tengok pun xpala, nak buat macam mana kan, saya seorang yang mudah menangis jugak, so memang xda hal la..hehe

ketika saya peluk dan bersalam dengan mereka, harapan saya cuma satu, bukan mengharapkan kehidupan mereka lebih senang, bukan mengharapkan lebih ramai orang yang melawat, bukan mengharap lebih banyak kekayaan yang mereka dapat tapi saya sangat berharap mereka akan menjadi setabah yang mungkin dan tekad dalam mencari redha Allah tidak kira dalam keadaan susah atau senang.