Tuesday, August 31, 2010

Anjakan Paradigma sempena Kemerdekaan Malaysia ke-53

Assalamualaikum and Good Morning!

31 Ogos 1957. Tarikh kemerdekaan kita, negara Malaysia.

Apa makna merdeka? Bebas? Takde dipimpin oleh sesiapa?
Kita bebas tapi sebenarnya kita masih dipimpin bukan?

Apa makna merdeka? Takde peperangan?
Rasanya setiap hari peperangan wujud walaupun bukan yang pakai senjata, takde pertumpahan darah dan sebagainya. Trend peperangan masa kini adalah melalui kata-kata, tulisan dan coretan, publisiti, dan macam-macam lagi.

Apa makna merdeka? Semua orang rasa selamat berada di mana sahaja dalam negara ni?
Tak jugak, kadang-kadang kita sendiri rasa takut untuk ada dalam rumah, takut dimasuk pencuri, takut menjadi mangsa pada mereka yang boleh mengamuk dan sebagainya.

Apa makna merdeka? Setiap bangsa boleh hidup harmoni dan bersatu padu tanpa pergaduhan ataupun pertelingkahan?
Hampir setiap hari kita baca kisah atau konflik antara rakyat negara kita sendiri. Belum masuk lagi part konflik dengan negara lain.


__________________________________________


Merdeka itu sepatutnya secara keseluruhan, pada jiwa, pada minda, pada akhlak, pada pemikiran, pada tingkah laku dan banyak lagi. Maaf jika terkasar bahasa, rakyat pada hari ini masih kurang merdeka. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ada sebilangan yang tidak mahu belajar dari sejarah. Sedangkan pengalaman itu guru terbaik. Semangat cintakan negara mungkin boleh dipupuk di dalam kelas tetapi tak mungkin dapat dirasa kalau tak dihayati. Kita tak berada di suatu masa di mana kita tidak bebas bersuara, di mana kita dikongkong oleh kuasa asing yang tidak memahami adat budaya kita, kita dijadikan hamba dan diseksa seteruk-teruknya, kita tak berada di suatu zaman yang memerlukan kita untuk mengorbankan titisan darah kita demi KEHARMONIAN. Sebab itu, kita tak dapat menghayati sepenuhnya.


Walaupun telah BEBAS, tetapi pemikiran dan jiwa masih dikongkong oleh orang luar. Buktinya, kita mengagungkan mereka. Kita menjulang mereka. Kita sokong barangan mereka. Kita tunduk pada mereka. Kita bangga jika menjadi sebahagian dari mereka. Kita bahagia jika dapat 'memiliki' mereka. Kita ada budaya sendiri tapi kita ikut budaya mereka. 


Wahai saudaraku, bangunlah dari tidurmu. Bukalah matamu. Pandanglah dengan mata hatimu. Jangan biarkan orang luar menguasai kita. Kalau bukan kita yang menaikkan nama negara, siapa lagi? Kalau bukan kita yang membanggakan negara sendiri, siapa lagi? Kalau bukan kita yang majukan negara, siapa lagi?
Keikhlasan pada negara tak memerlukan wang dan harta yang banyak, tak perlukan pangkat dan darjat yang tinggi tetapi ia memerlukan suatu semangat cintakan negara kerana Tuhan. Di sini tempat kita lahir, di sini tempat kita membesar, di sini tempat kita hidup, di sini tempat kita menerima bermacam-macam dan sekarang masanya untuk kita memberi semula. Sumbanglah pada negara sendiri, bukan negara orang lain. Anda pastinya tak mahu orang luar yang memonopoli negara anda sendiri bukan?


Masih belum terlambat untuk menyumbang pada negara. Bukan kerelaan untuk berperang, bukan kesudian untuk melawan dengan orang luar, tapi kekuatan untuk melawan diri sendiri. Mulakan dengan niat yang suci. Niat berbakti pada negara demi Tuhan, niat memajukan negara demi Tuhan, niat berubah demi Tuhan, niat mencari kebaikan demi Tuhan. 


Cuba bayangkan jika 90% rakyat negara mempunyai pemikiran sebegitu, pasti parti politik juga dapat bekerja bersama-sama, bukan sahaja di bawah satu bumbung bahkan dalam satu bahagian, dalam satu bilik mesyuarat. Perkara ini bukan suatu yang mustahil, ia mampu dicapai.


Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada setiap warga Malaysia, semoga sambutan kali ini dapat membuatkan kita berfikir bagaimana untuk menjadi lebih merdeka dan menjadi yang lebih baik dan pastinya bersama niat yang suci.


Di samping itu, buat semua umat Islam, selamat beramal dalam 10 malam terakhir Ramadhan, seimbangkan antara perasaan teruja dengan persiapan raya dengan perasaan syukur dikurniakan kesempatan untuk menikmati Ramadhan sebelum kesempatan itu ditarik. Semoga semua memperoleh kebaikan. :')



Wednesday, August 25, 2010

Mengalah bukan bererti kalah. Diam bukan bererti salah.

Assalamualaikum :)


Jam Malaysia menunjukkan pukul 3am. Bukan saya sengaja taknak tidur tapi memang saya tak boleh tidur sebab saya terlalu sibuk dengan kerja kat sini, sampai saya rasa tak patut saya tidur sebab kalau saya tidur, siapa nak buat kerja-kerja saya, kalau kerja saya tak siap, macam mana saya nak skor dalam program saya ni dan akhirnya saya akan kecewa dengan keputusan saya. Saya dah serik. Saya dah sedar. Saya dah belajar, saya tak boleh main-main, saya kena belajar bersungguh-sungguh. Lagipun, zaman belajar macam ni, tak lama, 4 tahun je, selagi ada masa, marilah kita nikmati dengan sehabis baik dan seenjoy-enjoynye. :')


Cakap pasal enjoy, alhamdulillah, saya enjoy kehidupan saya sekarang. Tipulah kalau saya kata saya tak terfikir langsung tentang masa silam tapi buat apa nak fikir banyak-banyak. Setiap yang terjadi itu dah ditentukan dan sudah pastinya terdapat hikmah masing-masing. Apa yang saya patut dan boleh buat, hanya lah redha dan bersyukur. Masih banyak perkara yang boleh buat saya gembira. Kalau cerita lama selalu buat saya sedih dan menangis, untuk apa kita kenang??


Saya betul-betul mengalah. Saya minta maaf laa banyak-banyak andai semua ayat-ayat dan kata-kata saya mengguris hati mana-mana pihak dan secara tak langsung menimbulkan perasaan benci di dalam hati sanubari sesiapa, saya meminta maaf dan ampun. Saya mungkin tak sedar dan mungkin tersengaja melontarkan kata-kata yang memedihkan hati tapi sampai satu masa, saya sedar tak ada gunanya saya buat macam tu, makin menambah dosa saya adalah. Untuk apa saya mengumpul dosa? Kalau orang lain nak kumpul, dan saya tak mampu nak buat apa-apa selain membenci, itu hal masing-masing.


Yang penting jaga diri sendiri, jaga hati, jaga amalan sendiri. Tak perlu sibuk-sibuk nak mengata orang, nak mengutuk orang, nak marah orang, nak mengguris hati orang. Saya menyesal. Saya betul-betul minta maaf. Ampunkan salah saya zahir dan batin. Saya sedar kesalahan saya dan sekarang saya betul-betul mengalah. Saya tak nak fikir apa-apa dah. Saya cuma nak concentrate pada study, selebihnya saya serahkan pada Tuhan.


Sekarang saya nak ambik langkah mendiamkan diri sebab itu lebih baik. Saya taknak digelar orang yang tak penyabar disebabkan oleh saya meluahkan sedikit isi hati yang dah lama terpendam. Saya taknak digelar orang yang tak penyabar disebabkan oleh saya cuma menenangkan hati saya yang terluka dengan sedikit kata-kata yang jujur. Kesimpulannya, lebih baik saya mendiamkan diri dan redha atas semua yang terjadi.

Saturday, August 21, 2010

Saya emo ketika ini. Tapi jangan bimbang kerana saya sedang cuba untuk mententeramkan diri sendiri dengan istighfar dan mengingati Allah.






Assalamualaikum :')

Ya, tajuk di atas telah menceritakan segala-galanya. Ok, tipu je, obvious sangat tajuk tu tak cerita semua kan. Mana ada tulis kat situ apa sebab saya emo, saya emo dekat siapa, sejak bila saya emo, pukul berapa saya emo. -.-

***************************

Pagi tadi saya pergi ke Allamanda, Putrajaya untuk membeli sedikit barangan dapur, biasa la, bulan-bulan puasa ni, memang memerlukan keperluan macam tu, disebabkan oleh kat area Cyberjaya ni makanan yang murah takde, semuanya makanan mahal. huhu (saya sudah kering)


Bila dah kumpul-kumpul dalam trolley yang tak berapa nak cantik tu, penuh satu trolley. BANYAK GILE. Saya bermonolog sendirian, ini stok berapa bulan ni? haha

Ok, tipu lagi. takkan la nak beli stok berbulan-bulan.(kenapa saya suka tipu di bulan puasa, saya tak takut ke amalan saya di bulan mulia ini tidak diterima.) -___-


Mari usha-usha beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan ke Putrajaya tadi.

tengoklah trolley kami semua, penuh tak penuh -.-



disebabkan banner ini lah kami beria-ia menjalankan diri sejauh yang mungkin untuk tiba di Alamanda. haha

menggembirakan hati melihat kanak-kanak yang riang gembira bermain kenderaan-kenderaan yang tak dapat mereka miliki. hehe

kedai ini sangat menarik dengan kuih raya nya, nasib baik puasa, kalau tak, dah mintak nak test dah :P



anda nak tahu apa yang pak guard ni sedang lakukan? beliau sedang menguruskan janggut, misai dan jambang beliau. haha. pakcik, pakcik, sabo jela


try untuk bergambar ala-ala di taman yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. cantik tempat ni :')



hey, saya pun kena masuk sekali taw. x aci laa kalau jurugambar tak masuk gambar. :D

ni dekat bahagian utara pulak, ohh, alamanda ni ada banyak bahagian, utara selatan barat timur. kat bahagian sini ada kolam air, yang mana kami selalu dan suka sangat panggil tasik.. macam ape kan -____-
ok, macam yang disebut tadi, giliran jurugambar pulak. heeeee
******************


Kembali kepada topik asalnye, kenapa la saya nak emo-emo ni? Padahal dah terang lagi bersuluh emo ni tak baik kan, memberi kesan negatif kepada pemikiran, perlakuan dan tindakan. aduish. saya emo sebab iron saya dah rosak, huhuk. saya bukan nak salahkan sesiapa cuma saya kesal sebab harta benda tu tak dijaga dengan elok. honestly speaking, saya dah habiskan banyak duit untuk perlatan kat rumah ni and takpelah kalau bayar lambat sikit kan, saya faham time-time macam ni mana ada duit. saya pun dah dapat lampu merah dah ni.

Saya pulak jenis yang susah nak mintak kat orang, kadang-kadang untuk jadi positif, saya anggap tu sebagai sedekah, insyaAllah Tuhan akan pulangkan pada kita berganda-ganda walaupun bukan dalam bentuk wang. kan? :')

Tapi memang saya amat kecewa laa sebab iron tu ibu yang belikan dan bukannya murah, saya yakin dan percaya, semua orang kat sini dah cukup dewasa untuk memahami erti tanggungjawab. tak kira apa status kita atau umur kita atau tingkat ilmu pengetahuan kita tapi kita cuba laa untuk menghormati orang lain.

menghormati orang lain tak semestinya dengan tunduk, berkata yang baik sahaja walaupun perkara tak benar ataupun memuji tinggi ke langit, bagi saya memahami dan menghormati seseorang itu adalah bersamaan dengan meletakkan diri kita di tempat dia. insyaAllah kita akan dapat memahami dan seterusnya menghormati sesama kita :')

Dengan tiba-tiba dan tak semena-mena, saya teringat sesuatu kata dari siapa saya tak ingat, harap maaf...

"Orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya"


Tak tahu lah kalau salah ye. tapi apa yang saya ingat bunyi nye macam ni lah. ok, memang memerlukan kekuatan untuk menahan kemarahan. saya akan lega dari marah apabila saya menangis. so, saya pun menangis laa dalam bilik air tadi, akhirnya saya dah kembali normal dan saya berasa lega. syukur alhamdulillah :')


Ok laa, sampai sini je laa, nak pergi menunaikan kewajipan terawih pulak. Bubbye :')

Saturday, August 14, 2010

Happiness is my word now. :')

Hai. Assalamualaikum. :')

Seriously, tak tau mane nak mula sebab banyak sangat kisah dan semua kisah best.
Ok, first and foremost, I wanna wish everyone in the world, specifically Muslims, a Happy and Blessed Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. :')




So, hari ini setelah hampir 10 hari berhijrah ke bumi Cyberjaya, saya balik ke kampung halaman, untuk menjenguk ibu, abah dan adik-adik saya di samping menyambut sehari dua Ramadhan dengan dorang. Sumpah, berbuka puasa dengan family sangat seronok sebab ibu masak lauk pauk yang sangat mengancam, tak macam kat hostel, goreng telur, sayur kacang panjang and sambal sardin. huhuk. :'(   tapi macam mana pun, walaupun lauk itu simple tapi perut kenyang dan yang paling penting, perut orang berpuasa kenyang dan mendapat nutrients even though tak complete and taa cukup. Besar pahalanya beri orang puasa makan taw. :')


(gambar ada ambik tapi dah balik rumah ni tak bawak cable utk connect to transfer all the photos, so just imagine laa all the lauk pauk, the sardine and the telur. hehe)
takpe, satu hari nanti, bila saya free lagi, saya akan buat satu entry khas utk gambar2 sahaja. :')



So, the latest news about me is ... I have further my studies at Cyberjaya University College of Medical Sciences doing Bachelor of Homeopathic Medical Sciences. mesti ada yang tercengang kan, mak datuk, bukan mahal ke tempat tu yang dia nak pergi belajar kat situ. ok, ada a few reasons. tapi saya rasa tak perlu lah saya explain sepanjang 100 meter utk perkara ini.


Seperti yang telah dibincangkan, ini program pertama Homeopathy yang diikitiraf oleh MQA dan PTPTN sudah bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak RM86k bagi sepanjang tempoh pengajian, sebab tu, saya berani ambik dan enrol dalam course ni. sebenarnya, duit yuran pun saya tak habis bayar lagi, setakat bayar duit registration fee and duit sewa hostel. isk, kejamnye kan, dah kaut banyak ilmu dari lecturers and dah guna banyak facilities dia tapi yuran tak bayar lagi. huhu. nanti saya usahakan dalam masa terdekat ni ye. jangan risau, Allah sentiasa ada untuk membantu :')


Saya tak berniat dan tak berminat untuk buat perbandingan antara Universiti Malaysia Sarawak dan Cyberjaya University College of Medical Sciences, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. tapi apa yang saya lebih berminat untuk bercerita ialah tentang program yang saya ambik ni.



Bachelor of Homeopathic Medical Sciences
(boleh try tekan link ni utk tengok group kami :)





Interesting. one word that perfectly describes the whole course and I am starting to love it. Walaupun saya perlu lakukan banyak self-reading tapi saya suka, saya sangat suka, doakan kejayaan saya, semoga saya dapat kecapi sesuatu dari program ini dan paling penting, ia dapat buat saya berbakti, tak kira la pada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa atau negara. :')


Saya bersyukur sangat sebab jalan saya kepada ini dipermudahkan walaupun terpaksa melalui sebuah perjalanan yang panjang dan menyakitkan tapi hari ini saya sedar satu benda. Without those hard days, I won't recognize sweet moments, without those sadness, I won't know what is happiness. Thank God. Syukur Alhamdulillah :')


Kat sini saya ada ramai adik-beradik yang baik-baik belaka. Saya taknak panggil dorang kawan-kawan sebab saya dah anggap dorg macam adik-beradik saya. Sebabnye, bila saya nak balik tadi, walaupun baru berpisah 1 jam, saya dah mula rindukan dorg. huhuk


Dalam class saya, ada 10 students sahaja yang terdiri daripada kumpulan pelajar yang berlainan umur dan background. Age ranges from 20 to 55. and of course, saya lah yang paling muda, hehe. Walaupun kitorang datang dari background yang berlainan dan jarak perbezaan umur yang dekat dan jauh tapi kami rasa sangat rapat dan dekat, mungkin kerana kami dalam kuantiti yang sedikit, bonding itu lebih senang maybe. hehe


I would like to introduce each and everyone of them tapi macam yang saya cakapkan tadi, cable takde, so tak dapat nak transfer photos and all that, nanti saya akan buat satu entry khas untuk gambar, and masa tu nanti saya akan kenalkan kesemua students BHMS termasuk lecturer tersayang kami yang sangat bersusah payah dan bertungkus lumus utk menjayakan program ni. :')



Baik, sebelum saya menyimpang terlalu jauh dan terlupa untuk bercerita dengan lebih lagi, saya nak bukak satu subtopic ni, iaitu orientation. Cuba cakap dengan saya siapa yang suka orientation. kalau ada pun mesti tak ramai kan kan. hehe pandai2 je buat assumption sendiri. ok what happened was, as usual, I kinda hate orientation programs, maybe because I have gone through them several times in my life. Orientation satu benda yang lebih kurang sama mana2 korg pergi pun. But CUCMS changed my mind. They managed to make the orientation such an interesting programme, and I think one of the factor is that, they didn't take long days, they just cramped all activities in 3 and a half days. Even though it was tiring but at least we don't have to face the orientation for such a long time. :)

Basically, that is the conclusion for these 10 days. I have good university, good environment, good lecturer, good friends, good colleagues, good subjects, good references and for me so far everything is good. :')


Doakan kejayaan saya, bukan untuk saya banggakan tetapi untuk saya gunakan supaya dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah saya akan mencuba sehabis baik, walaupun pada masa akan datang, berbagai-bagai dugaan akan singgah, saya akan cuba untuk habiskan program ni sampai habis, sampai saya puas hati. Perjalanan saya masih lagi jauh, masih belum terang lagi bersuluh, masih samar-samar tetapi saya yakin, satu hari nanti, saya pasti akan berjaya. ceh wah, ayat sangat tak menahan. huhu. ini sekadar motivasi buat diri sendiri. hehe :')


okla, setakat ni je pada kali ini, saya nak kena buat research and self-reading yang sangat banyak ni, nak berjaya tak boleh goyang kaki. kan kan? hehe. so, selamat berpuasa everyone, and selamat berbuka :')

Wednesday, August 04, 2010

cerita baru. nak bukak buku baru, nak guna pen baru.

Hai. Assalamualaikum :)

Esok tanggal 5 Ogos 2010, bersamaan hari Khamis, akan bermulalah episod baru dalam hidup aku. Kisah baru. Lembaran baru. Cerita lama tak mungkin akan aku lupakan, cuma wajib untuk aku simpan di suatu tempat yang sangat jauh terletak di dasar hati supaya aku dapat mengejar cita-cita, aku dapat mengecapi bahagia.

Sejujurnya, aku rasa sangat penat untuk memulakan sesuatu cerita sebab bagi aku proses mengenal itu satu proses yang lama dan kadang-kadang melecehkan. huhu. tak kira dari segi ape pun, aku lebih suka mengenal sesuatu benda dan berharap ia akan berkekalan sampai bila. lebih-lebih lagi bab manusia sebab manusia ini sangat susah untuk dikenali. sebab itu agaknya sampai sekarang aku tak jumpa lagi putera idaman haha.

ok, rasa macam jauh pulak menyimpang, bukan nak cerita pasal kisah hidup baru ke?    -.-

so, esok aku akan mendaftar ke sebuah institusi pengajian berdekatan sahaja supaya senang untuk aku balik ke rumah kalau ade pape hal, fhm2 la, dah berkurang orang kat rumah aku ni. aku ambil keputusan untuk sambung belajar ni sebab..... entah, ada banyak sebab. tapi biarlah niat tu betul supaya segala urusan dan perjalanan sepanjang menuntut ilmu ni dipermudahkan.

kos ape, kat mane, aku tak rasa nak bagitau sebab aku tak terhingin nak hebohkan kat orang :)

hujung tahun ni aku akan mencecah umur 20 tahun, perasaan tu tak tau cane sebab terlalu banyak perasaan sekarang ni, bercampur baur.
semalam ibu pun bertanya,

ibu : badriyah dah 21 ke?
saya : eh mestilah belum, baru 20
ibu : ek hehe. ibu dulu 21 dah kahwin.
saya : hanya mampu tersenyum (sambil dalam hati berkata, aku pun pernah menyimpan sebuah angan2 dulu utk jadi mcm ibu)

tapi. sudah terang lagi bersuluh semua tu tak akan aku dapat lagi :)

xpe, insyaAllah ada rezeki satu hari nanti. kan?

kawan pun ada cakap,

kawan : ala, relax la diya, diya cantik, pandai, bijak, smart (saje nk gune ayat yg berlainan tapi bawa maksud yg sama hee). mesti boleh dapat ramai lagi orang.
saya : eh saya bkn nak orang suke saya sebab tu laa
kawan : xla, maksudnye diya ada banyak lagi peluang
saya : peluang mungkin ada tapi masalahnya ruang takde. 
 (hanya orang yang mengerti saje yang memahami.) -.-

ape2 pun, kita hanya mampu bersabar dan berdoa. mintalah kepada Dia sebab hanya Dia sahaja yang layak memberi apa yg kita perlu dan apa yang kita mahu.

"Oh Tuhan, lindungilah saudara islam ku baik yang jauh mahu yang dekat, sayangilah mereka, rahmatilah mereka, kasihanilah mereka, peliharalah mereka dan lindungilah mereka. Dekatkanlah diri mereka denganMu. Aku sayang mereka keranaMu Ya Allah kerana Engkau yang mengurniakan perasaan ini. Dengan ketibaan Bulan Ramadhan tak lama lagi, aku memohon semoga Kau berikan kebaikan kepada kami dan jadikanlah Ramadhan ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Dengan penghijrahan ku ini, aku memohon kepadaMu agar dipermudahkan urusanku yang zahir dan yang batin, kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kebahagiaan yang diredhai, semoga aku dapat menjadi hamba yang taat dan bersyukur."

malam ini aku menangis

malam ini aku menangis
menangis tak berhenti
berderai jatuh air mataku
mengalir perlahan bercampur deras

malam ini aku menangis
aku lihat wajah adikku
bila terpandang terasa tenang
wajah lembut penuh kasih sayang

malam ini aku menangis
aku lihat wajah ibu
mata sayu bibir tersenyum
namun di hati tak siapa tahu

malam ini aku menangis
aku lihat foto ayahku
seorang lelaki tua
yang tak pernah letih menjaga keluarga

malam ini aku menangis
terkenang adik-adikku
yang jauh dan dekat
aku sayang pada kalian

malam ini aku menangis
kerana terkenang
sebuah cerita lama
yang tak pernah luput dari ingatan

malam ini aku menangis
dalam diam aku berharap
semoga hari esok suria kan bersinar
menerangi hidupku bersama yang tersayang