Saturday, August 21, 2010

Saya emo ketika ini. Tapi jangan bimbang kerana saya sedang cuba untuk mententeramkan diri sendiri dengan istighfar dan mengingati Allah.






Assalamualaikum :')

Ya, tajuk di atas telah menceritakan segala-galanya. Ok, tipu je, obvious sangat tajuk tu tak cerita semua kan. Mana ada tulis kat situ apa sebab saya emo, saya emo dekat siapa, sejak bila saya emo, pukul berapa saya emo. -.-

***************************

Pagi tadi saya pergi ke Allamanda, Putrajaya untuk membeli sedikit barangan dapur, biasa la, bulan-bulan puasa ni, memang memerlukan keperluan macam tu, disebabkan oleh kat area Cyberjaya ni makanan yang murah takde, semuanya makanan mahal. huhu (saya sudah kering)


Bila dah kumpul-kumpul dalam trolley yang tak berapa nak cantik tu, penuh satu trolley. BANYAK GILE. Saya bermonolog sendirian, ini stok berapa bulan ni? haha

Ok, tipu lagi. takkan la nak beli stok berbulan-bulan.(kenapa saya suka tipu di bulan puasa, saya tak takut ke amalan saya di bulan mulia ini tidak diterima.) -___-


Mari usha-usha beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan ke Putrajaya tadi.

tengoklah trolley kami semua, penuh tak penuh -.-



disebabkan banner ini lah kami beria-ia menjalankan diri sejauh yang mungkin untuk tiba di Alamanda. haha

menggembirakan hati melihat kanak-kanak yang riang gembira bermain kenderaan-kenderaan yang tak dapat mereka miliki. hehe

kedai ini sangat menarik dengan kuih raya nya, nasib baik puasa, kalau tak, dah mintak nak test dah :P



anda nak tahu apa yang pak guard ni sedang lakukan? beliau sedang menguruskan janggut, misai dan jambang beliau. haha. pakcik, pakcik, sabo jela


try untuk bergambar ala-ala di taman yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. cantik tempat ni :')



hey, saya pun kena masuk sekali taw. x aci laa kalau jurugambar tak masuk gambar. :D

ni dekat bahagian utara pulak, ohh, alamanda ni ada banyak bahagian, utara selatan barat timur. kat bahagian sini ada kolam air, yang mana kami selalu dan suka sangat panggil tasik.. macam ape kan -____-
ok, macam yang disebut tadi, giliran jurugambar pulak. heeeee
******************


Kembali kepada topik asalnye, kenapa la saya nak emo-emo ni? Padahal dah terang lagi bersuluh emo ni tak baik kan, memberi kesan negatif kepada pemikiran, perlakuan dan tindakan. aduish. saya emo sebab iron saya dah rosak, huhuk. saya bukan nak salahkan sesiapa cuma saya kesal sebab harta benda tu tak dijaga dengan elok. honestly speaking, saya dah habiskan banyak duit untuk perlatan kat rumah ni and takpelah kalau bayar lambat sikit kan, saya faham time-time macam ni mana ada duit. saya pun dah dapat lampu merah dah ni.

Saya pulak jenis yang susah nak mintak kat orang, kadang-kadang untuk jadi positif, saya anggap tu sebagai sedekah, insyaAllah Tuhan akan pulangkan pada kita berganda-ganda walaupun bukan dalam bentuk wang. kan? :')

Tapi memang saya amat kecewa laa sebab iron tu ibu yang belikan dan bukannya murah, saya yakin dan percaya, semua orang kat sini dah cukup dewasa untuk memahami erti tanggungjawab. tak kira apa status kita atau umur kita atau tingkat ilmu pengetahuan kita tapi kita cuba laa untuk menghormati orang lain.

menghormati orang lain tak semestinya dengan tunduk, berkata yang baik sahaja walaupun perkara tak benar ataupun memuji tinggi ke langit, bagi saya memahami dan menghormati seseorang itu adalah bersamaan dengan meletakkan diri kita di tempat dia. insyaAllah kita akan dapat memahami dan seterusnya menghormati sesama kita :')

Dengan tiba-tiba dan tak semena-mena, saya teringat sesuatu kata dari siapa saya tak ingat, harap maaf...

"Orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya"


Tak tahu lah kalau salah ye. tapi apa yang saya ingat bunyi nye macam ni lah. ok, memang memerlukan kekuatan untuk menahan kemarahan. saya akan lega dari marah apabila saya menangis. so, saya pun menangis laa dalam bilik air tadi, akhirnya saya dah kembali normal dan saya berasa lega. syukur alhamdulillah :')


Ok laa, sampai sini je laa, nak pergi menunaikan kewajipan terawih pulak. Bubbye :')