Wednesday, August 04, 2010

cerita baru. nak bukak buku baru, nak guna pen baru.

Hai. Assalamualaikum :)

Esok tanggal 5 Ogos 2010, bersamaan hari Khamis, akan bermulalah episod baru dalam hidup aku. Kisah baru. Lembaran baru. Cerita lama tak mungkin akan aku lupakan, cuma wajib untuk aku simpan di suatu tempat yang sangat jauh terletak di dasar hati supaya aku dapat mengejar cita-cita, aku dapat mengecapi bahagia.

Sejujurnya, aku rasa sangat penat untuk memulakan sesuatu cerita sebab bagi aku proses mengenal itu satu proses yang lama dan kadang-kadang melecehkan. huhu. tak kira dari segi ape pun, aku lebih suka mengenal sesuatu benda dan berharap ia akan berkekalan sampai bila. lebih-lebih lagi bab manusia sebab manusia ini sangat susah untuk dikenali. sebab itu agaknya sampai sekarang aku tak jumpa lagi putera idaman haha.

ok, rasa macam jauh pulak menyimpang, bukan nak cerita pasal kisah hidup baru ke?    -.-

so, esok aku akan mendaftar ke sebuah institusi pengajian berdekatan sahaja supaya senang untuk aku balik ke rumah kalau ade pape hal, fhm2 la, dah berkurang orang kat rumah aku ni. aku ambil keputusan untuk sambung belajar ni sebab..... entah, ada banyak sebab. tapi biarlah niat tu betul supaya segala urusan dan perjalanan sepanjang menuntut ilmu ni dipermudahkan.

kos ape, kat mane, aku tak rasa nak bagitau sebab aku tak terhingin nak hebohkan kat orang :)

hujung tahun ni aku akan mencecah umur 20 tahun, perasaan tu tak tau cane sebab terlalu banyak perasaan sekarang ni, bercampur baur.
semalam ibu pun bertanya,

ibu : badriyah dah 21 ke?
saya : eh mestilah belum, baru 20
ibu : ek hehe. ibu dulu 21 dah kahwin.
saya : hanya mampu tersenyum (sambil dalam hati berkata, aku pun pernah menyimpan sebuah angan2 dulu utk jadi mcm ibu)

tapi. sudah terang lagi bersuluh semua tu tak akan aku dapat lagi :)

xpe, insyaAllah ada rezeki satu hari nanti. kan?

kawan pun ada cakap,

kawan : ala, relax la diya, diya cantik, pandai, bijak, smart (saje nk gune ayat yg berlainan tapi bawa maksud yg sama hee). mesti boleh dapat ramai lagi orang.
saya : eh saya bkn nak orang suke saya sebab tu laa
kawan : xla, maksudnye diya ada banyak lagi peluang
saya : peluang mungkin ada tapi masalahnya ruang takde. 
 (hanya orang yang mengerti saje yang memahami.) -.-

ape2 pun, kita hanya mampu bersabar dan berdoa. mintalah kepada Dia sebab hanya Dia sahaja yang layak memberi apa yg kita perlu dan apa yang kita mahu.

"Oh Tuhan, lindungilah saudara islam ku baik yang jauh mahu yang dekat, sayangilah mereka, rahmatilah mereka, kasihanilah mereka, peliharalah mereka dan lindungilah mereka. Dekatkanlah diri mereka denganMu. Aku sayang mereka keranaMu Ya Allah kerana Engkau yang mengurniakan perasaan ini. Dengan ketibaan Bulan Ramadhan tak lama lagi, aku memohon semoga Kau berikan kebaikan kepada kami dan jadikanlah Ramadhan ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Dengan penghijrahan ku ini, aku memohon kepadaMu agar dipermudahkan urusanku yang zahir dan yang batin, kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kebahagiaan yang diredhai, semoga aku dapat menjadi hamba yang taat dan bersyukur."