Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah - 1431H

Assalamualaikum .. (^_^)

bermulalah tahun baru dalam Islam, 1431H.. tak terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah..

mengirakan setiap kejadian sepanjang tahun lepas, setiap orang sepatutnya boleh atau patut ambil iktibar dan pengajaran..supaya diri sendiri dapat belajar dan tidak mensia-siakan kehidupan..

bak kata pepatah, penghijrahan pada awal tahun bukan setakat mengenang dan menghormati penghijrahan yang telah dilakukan oleh Rasulullah tetapi untuk menghayati dan meneruskan penghijrahan baginda. jikalau tidak mampu untuk keluar, memadai jika dimulakan dengan perubahan dalaman iaitu dari dalam diri kita. insyaAllah, kebaikan akan terserlah dan secara perlahan dapat menyebarkan haruman wangian terhadap orang lain.

bermulalah penetapan azam baru, mungkin ada yang menyambung atau meneruskan usaha sebelum ini, atau ada yang dapat meletakkan impian yang lebih bermakna dan tidak hanya menjurus kepada keduniaan..mungkin juga ada yang tidak mencapai atau tidak terlaksana harapan sebelum2nya,..

azam tidak perlu besar dan azam tidak perlu canggih..paling utama, mestilah dimulakan dengan niat yang baik, kerana Allah Taala, dan seterusnya, jalan2 yang akan diilhamkan akan berlaku dengan sendirinya dan insyaAllah akan tercapailah azam tersebut..

secara umumnya, azam meliputi perubahan diri sendiri daripada kurang baik kepada kurang baik, cuma secara khususnya, ia berbeza daripada yang lain..dari yang hodoh kepada yang cantik, dari yang kurang bijak kepada bijak, dari yang pendiam kepada yang bijak berkata2, dari yang tidak menepati janji kepada menepati janji, dari yang kotor kepada yang bersih, semuanya berkisarkan 1 tujuan yang sama, dari yang kurang baik kepada yang lebih baik..

tidak mungkin kita dapat membersihkan kotoran dalam waktu yang singkat, bergantung kepada kotoran dan bergantung kepada usaha dalam membersihkan kotoran..kotoran yang sudah lama atau banyak mungkin memerlukan usaha yang lebih dan semangat yang kuat..ia bergantung juga kepada bahan cucian yang digunakan..dalam aspek kehidupan, usaha mencuci itu adalah usaha dan semangat untuk membersihkan jiwa, bahan cucian itu adalah ilmu, nasihat dan pedoman dari persekitaran..ada yang memerlukan tempoh bertahun menyucikan diri..yang penting bukan tempoh tapi apa hasilnya di hujung perlaksanaan..

tiada orang baik yang tiada sejarah hitam dan tiada orang jahat yang tiada masa depan.. sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Mengasihani dan Maha Memberi Petunjuk..