Saturday, January 02, 2010

Kelebihan Solat Tahajjud

Saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa begitu seronok dan memang patut dikongsi. kelebihan solat tahajjud. rasanya semua dah cukup maklum, solat tahajjud punya banyak kelebihan tapi saya sengaja ingin berkongsi di sini supaya kita sentiasa sedar akan nikmat itu memandangkan manusia ini selalu sahaja terlupa. Diharapkan pada sesiapa yang membaca dapat mengamalkan amalan mulia ini, tidak dapat setiap malam, sekurang-kurang seminggu sekali. tidak dapat seminggu sekali, sekurang-kurangnya sebulan sekali, insyaAllah kita akan sentiasa dilindungi dan dipelihara di bawah limpahan rahmatNya.

1. Solat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat tahajjud tapi amat sedikit yang dapat melakukannya.

2. Hadith: Jibril a.s telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata kepada baginda: " Wahai Muhammad, hiduplah selama mana engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti berpisah meninggalkannya, dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa pada manusia. "

3. Sabda Nabi s.a.w : 2 raka'at solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya. kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah aku fardhukan ia.

4. Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.

5. Solat tahajjud merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Solat tahajjud dapat menghapuskan dosa-dosa.

7. Solat tahajjud dapat menyihatkan badan.

8. dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun ke langit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka aku ampunkannya. Adakah terdapat orang yang meminta? maka aku berikannya. Adakah terdapat yang meminta petunjuk? maka kuberikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga? maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya. Adakah terdapat yang memohon perlindungan daripada neraka? maka aku lindungi ia dari neraka.

8. Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya melainkan pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 raka'at solat tahajjud.

9. Waktu tahajjud adalah waktu yang teristimewa untuk penerimaan doa.

10. Ia juga merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang terbuka.

Wallahu'alam.