Friday, January 15, 2010

Mahukah kau...

Terpandang masa lalu, perasaan malu singgah di hati, malu pada Tuhan, yang menciptakan diri dan sekalian makhluk. Terlalu banyak dosa telah terbuat, yang besar yang kecil, yang zahir yang batin, yang sengaja dan yang tidak sengaja. Saat di mana betapa jahilnya diri, yang tak mahu belajar tentang agama Allah, yang tak tahu mensyukuri nikmat2 Tuhan, yang sentiasa mengeluh dalam setiap ujian.

Ya Allah, mahukah kau ampunkan dosa2 ku? Sedangkan Nabi Adam sendiri mengambil masa 300 tahun menangis, apatah lagi manusia hina ini, layakkah mendapat pengampunanMu?

Ya Allah, mahukah kau terima taubatku? Sesungguhnya aku takut untuk ke nerakaMu namun aku sedar siapalah aku, betapa banyaknya dosaku..

Ya Allah, mahukah kau pedulikan aku? Aku redha diberi ujian jikalau itu dapat mendekatkan diriku denganMu, jikalau itu membuat aku bertambah cinta kepadaMu Ya Allah..

Ya Allah, mahukah kau berikan cintaMu kepadaku? Aku sedar aku pernah berpaling dariMu, aku pernah lupakan cintaMu tapi bagiku sekarang, itulah nyawaku..

Ya Allah, mahukah kau meredhai aku? Sesungguhnya, niatku hanyalah satu, hanya Engkaulah maksudku dan keredhaan kau yang ku inginkan..

Ya Allah, mahukah kau bertemu dengan ku? Kerana aku sungguh rindu untuk bertemu denganMu..Bilakah waktu itu wahai Tuhanku..