Thursday, July 15, 2010

menangis-nangis dahulu, bersenyum-senyum kemudian

Hai. Assalamualaikum :)




A clever man will know what to say. A wise man will know whether or not to say it.



Pertama sekali nak mintak maaf la kalau post2 sebelum ni agak emo ke feeling ke agak perasaan ke. Sorry okay! Bukan nak memancing sesiapa atau nak tunjuk handal dalam berfeeling, cuma rasa teringin untuk berkongsi supaya dapat dijadikan pedoman pada orang lain. :)


Berbalik pada ayat di atas tadi. Saya nak ceritakan satu kisah yang tersimpan banyak pengajaran.

Dalam hidup ni, tak semua benda perlu diberitahu. dalam erti mudah, ada beberapa perkara yang perlu kita simpan sebagai rahsia. terutama sekali soal hati sebab manusia ni sangat kompleks, dan hatinya sangat lah sensitif. jadi, dengan mengambil langkah berjaga-jaga ni dapat mengelakkan daripada masalah-masalah yang akan muncul pada masa akan datang.


Kenapa kita perlu tahan diri kita dari berkata sesetengah perkara?

1) Untuk menjaga hati dan perasaan orang lain
2) Untuk menjaga perhubungan kita sesama yang lain
3) Untuk menjaga maruah diri
4) Untuk mengelakkan diri dari kesilapan yang serius
5) Untuk mengelakkan diri dari rasa menyesal pada masa akan datang


setakat ni yang dapat saya fikirkan 5 perkara ni la, yg ni pun sy rasa sangat utama.

sebagai contoh, kalau kita sayangkan seseorang, walaupun dalam lirik lagu ada cakap, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. walaupun sesetengah orang kata, beritahulah pada orang yang anda sayang sebelum anda tak sempat untuk memberitahu. first sekali kita kena check sesuai ke tak untuk kita cakap, sebab mungkin dia dah berpunya atau dia benci kat kita, cuba bayangkan kalau kita cakap, bukan ke keadaan akan menjadi lebih teruk? kan lebih elok dapat berkawan secara biasa berbanding tak bertegur sapa, dua-duanya rasa kekok dan tak selesa kalau berjumpa. di sini jugaklah timbulnya soal pengorbanan. sebelah pihak harus berkorban untuk kebaikan dan kebahagiaan sebelah pihak yang lain. kalau ada jodoh antara duanya, insyaAllah kamu akan bersatu jugak, tapi kalau takde, cuba lah untuk fikir yang mungkin ada orang yang lebih sesuai untuk kamu atau kamu sebenarnya tak cukup baik untuk orang seperti dia sehingga Allah tak membenarkan kamu untuk bersama dia.


satu lagi contoh yang lain, kalau kita benci kat orang tu, patut ke kita berterus terang dengan selambanye? memang la sesetengah orang kata, honesty is the best policy ataupun jujur itu lebih baik tapi andai kata kalau anda beritahu pada orang yang anda benci bahawa anda sangat benci pada dia sehingga anda meminta pada dia untuk keluar dari hidup anda, ada tak anda terfikir apa kesan dia pada orang tu? orang tu mungkin akan berasa sangat sedih dan saat tu lah dia berpotensi untuk berasa mudah putus asa, putus harapan, tak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.. anda suka ke kalau orang lain terseksa dengan kata-kata anda walaupun anda bersikap jujur?



saya tak kata saya baik sebab saya pun pernah buat perkara yang sama satu masa dulu tapi dari situ saya belajar tentang kehidupan, saya belajar tentang perhubungan. perhubungan bukan semata-mata pasal komunikasi, bukan semata-mata pasal keserasian, tapi ia lebih dari tu, dan paling penting, perhubungan memerlukan pengorbanan.





The key to the heart has broken. Hope someday an expert will unlock this.



Pernah dengar tak ayat ni? Ayat ni saya tak cilok mana-mana k, kalau ada yg sama mungkin kebetulan dan xde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. :)


Bagi sesiapa yang pernah patah hati atau putus cinta, mungkin dapat memahami apa yang tersirat di sebalik ayat ni. apa yang saya cerita dalam blog ni tak semestinya kena mengena dengan saya, kadang-kadang saya memerhatikan keadaan sekeliling dan saya dah boleh baca dah. dari situ la, saya jadikan satu cerita supaya saya dapat ambik pengajaran dan dlm masa yang sama, saya nak semua orang belajar apa yang saya belajar :)


Saya tak tau macam mana perasaan patah hati, mungkin sedih, kecewa, tak bersemangat, serik bercinta tapi bagi saya, bila kita dah sayangkan seseorang, takde apa yang lebih penting selain dari kebahagiaan orang tu. walaupun kita terpaksa gadaikan air mata kita untuk sebuah senyuman dia. mungkin laaa.. saya tak pandai la cintan cintun ni. oh ye, dalam hidup saya, kalau nak kira yang serius, saya pernah bercinta sekali je, dan sampai sekarang hati saya tak terbuka untuk orang lain lagi tapi kegagalan perhubungan tu salahnya datang dari pihak saya, so saya tak salahkan pihak sebelah sana :)


cakap senang, nak buat susah. memang betul, kadang-kadang diri sendiri terkorban untuk kebahagiaan orang lain tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk cinta, bukannya wang ringgit, bukannya harta benda. hai, beruntunglah siapa dapat saya kan, haha. :P

sampai ke saat ni, saya tak pernah berputus asa mendoakan kebahagiaan orang yang saya sayang, tak kira lah siapa pun, walaupun saya terpaksa korbankan kebahagiaan saya, walaupun saya terpaksa korbankan segala impian saya demi kebahagiaan orang lain :) dan sejujurnya saya tak pernah berhenti mengharap untuk mendapat kebahagiaan. sebab kadang-kadang, bahagia itu sebenarnya dalam tangisan, dalam duka, dalam kekecewaan cuma kita tak nampak. cehh -,-




okla, rasa macam dah banyak dah membebel dalam entry ni. harap2 tak bosan la pembaca membacanya. :)
yang paling penting, berdoa dan berdoa sebab takde siapa dapat bagi apa yang kita nak selain Allah. kalau kita tak meminta pada Dia, Dia pun takkan bagi selaras dengan kemahuan kita. bersangka baik lah dengan Tuhan kita, Dia Maha Pemurah Maha Penyayang.


satu lagi kata dari saya, menangis-nangis dahulu, bersenyum-senyum kemudian (^_^)