Sunday, July 04, 2010

Ada orang lain yang lebih susah dari kita.

Tarikh 4 July 2010 merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup adik aku, Asiah bt Kamariza sebab dia dah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading hari ini. Harapan aku cuma satu utk dia, supaya dia x jadi seperti aku dan dia dapat belajar jadi orang yang sangat sangat tabah dalam hidup ni. :)

Beliau telah pun mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. dekat je pun, xjauh mana, alhamdulillah la, x susah transport and senang kalau ada pape masalah. :)

Beliau mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrikal (Komunikasi). ceh, skema bin bahasa betul aku ni, haha. anyway, sebenarnya aku nak cerita something yang aku pelajari harini and aku yakin kalau sesiapa yang melihatnya pasti akan tersayat hati dan akan tersedar dari lamunan.

Ada 2 orang pelajar UTM yang telah memikat hati aku tadi dengan kegigihan dorang. Yang sorang tu, pelajar lelaki Melayu. Dia datang mendaftar seorang diri, tanpa ditemani ibu bapa dan ahli keluarga yang lain dan dia hanya berbekalkan 3 beg termasuk beg yang diberi oleh UTM. Kesian aku tengok, semuanya dia buat sendiri, mungkin dia anak orang susah atau mungkin dia anak yatim, wallahu'alam. Kalau kita kata kita susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita.

Seorang lagi budak, lelaki Cina yang datang seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Bagi aku kisah ni lebih menyayat hati dan lebih mencabar sebab budak ni, dia tinggal di Kajang. Ayah dia suruh dia kerja lepas STPM tapi dia gigih jugak nak sambung belajar. Tapi ayah dia kata, kalau dia nak sambung blaja, ayah dia xnk tanggung dan xnk hantar dia. Then dia kata, it's ok. dia boleh uruskan semuanya sendiri.

So, dia datang berbekalkan 1 beg galas dan 1 beg baju. kesian kan. isk isk. sedih tengok tau, hampir menitik air mataku ini. betapa berat nya dugaan orang lain yang kita selalu sangka dugaan kita berat, yang kita selalu putus asa dengan dugaan yang sbnrnya x seberapa kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain.

Aku tabik spring pada dua orang mamat tadi, aku yakin dorg akan berjaya satu hari nanti. Walaupun tak dihantar atau x mendapat sokongan keluarga, aku yakin, berbekalkan keazaman dan usaha, mereka akan berjaya dengan izin Allah.

Generasi macam ni lah yang kita nak bangunkan, yang kita nak tumbuhkan. Bukan generasi yang hanya tahu bersuka ria atau berseronok sahaja. Aku betul2 terpukul dengan kisah dua orang budak ni, dan dari dorg ni lah aku belajar tentang kehidupan. dan alhamdulillah, mereka dua orang lah yang telah memberi aku semangat baru dalam hidup ni.

Kalaulah aku sempat ambik gambar dorg, memang dah aku ambik and dah aku upload. kalau diberi keizinan, memang aku nak hantar kat surat khabar supaya media dapat ketengahkan kisah2 menarik macam ni supaya dapat bagi motivasi pada orang lain kat luar sana.

Pada adik2 dua orang tu, saya doakan awak berjaya dan dapat yang terbaik dari Tuhan sebab x semestinya yang manis itu yang terbaik. :)

Dan mulai hari ini, aku dah tahu apa yang aku nak dan insyaAllah aku akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan apa yang aku nak. :))