Monday, March 22, 2010
Ketetapan Allah SWT
Saya masih ingat kejadian yang berlaku 8 tahun yang lepas, keadaan saya tak jauh beza dari mayat hidup, saya seperti dalam dunia saya sendirian. Saya tinggalkan segala kewajipan, saya abaikan segala tuntutan, saya lupakan segala minum dan makan. Saya hanya terbayang-bayang, berfikir yang bukan-bukan.
tapi waktu itu, saya tahu dan pasti apakah puncanya. Saya masih ingat ketika diberi oleh seseorang, saya disuruh meneruskan kerjanya. Seorang budak yang meningkat dewasa, yang masih belum matang dan tak tahu apa2, saya hanya mengiyakan. Akhirnya, ajaran yang diberi telah memakan diri.
Saat ini, saya tak tahu, atas sebab apa saya berubah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba, saya berubah dengan mendadak, saya menjadi orang lain dalam sekelip mata. Saya tak lagi merasakan kehebatan al-Quran, saya tak lagi merasakan keindahan solat dan saya tidak lagi merasakan kemanisan iman. Secara jujur, saya ada berusaha, saya ada membelek al-Quran dengan niat untuk mendapat petunjuk tetapi saya dapat merasakan ada suatu hijab yang sedang menyelubungi hati saya. Saya tak tahu,.
Saya cintakan dunia? Sebelum ni, saya dah cuba untuk meninggalkan seberapa banyak keseronokan dunia, saya sibukkan diri dengan kerja dan tanggungjawab, saya abaikan segala nafsu anak remaja dan berjiwa muda, saya nekad untuk mempersembahkan yang terbaik sebagai muslimah sejati tetapi saya kalah pada situasi ini. Saya berjaya mengabaikan suruhan Tuhan, saya berjaya meninggalkan segala perintah.
Mengapakah? Atas sebab apakah? Saat ini, saya berserah kepada Tuhan, mungkin Tuhan mahu tunjukkan kepada saya, Dia yang Maha Kuasa yang boleh mengubah hati seseorang dalam sekelip mata, sebab itu jangan bongkak atau bertepuk tangan apabila anda sudah merasa baik kerana saat itulah ujian yang lebih besar akan datang mengatasi ujian untuk orang-orang yang tidak beriman dan orang kafir.
Pengajaran kedua yang saya dapat, sentiasalah bergantung kepada Allah dan berdoa kepadaNya, meminta supaya hati sentiasa ditetapkan pada jalan yang benar, jangan mudah terpedaya dengan permainan dunia. Saya bercerita ini bukan untuk membuka aib sendiri, bukan juga untuk menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin mengajak anda berfikir sedalam-dalamnya, apakah pengajaran disebalik kisah ini.
Bagi sesetengah pihak mungkin tidak dapat menerima dengan jelas apa yang saya cuba sampaikan. Yang saya mampu, mendoakan kalian agar hati anda diterangkan dan disuluhkan dengan cahaya-cahaya keimanan. Ingatlah, Tuhan itu Maha Kuasa, Dia boleh melakukan apa sahaja.
"Allah pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." (2:117)
Saturday, March 20, 2010
Air Mata
Tak terkira air mata yang menitis, merembes keluar membawa segala perasaan. Apakah nilai setiap titis air mata ini? Adakah ia mempunyai harga pada pandangan Tuhan? Amatlah rugi bagi manusia yang menangis dengan sia-sia.
Bagi wanita, air mata adalah senjata, air mata adalah buah perasaan, air mata mengucapkan lebih kuat dari lidah, air mata meluahkan segala yang tersembunyi, air mata yang menitik sungguh tiada paksaan mahupun kekuatan, ia mengalir laju tanpa diminta, tanpa disuruh namun tidak juga mahu berhenti.
Atas sebab apa air mata tercipta, bagaimana air mata yang hilang bila diseka itu sungguh besar kesannya pada jiwa dan hati seseorang manusia, apakah harga bagi setiap titis air mata, mampukah ia dijual beli, semuanya bermain di onak fikiran, sungguh dahsyat kuasa Tuhan yang mengatur segala caturan hidup yang di langit dan di bumi. Subhanallah.
Air mata yang jernih tadi boleh hilang dalam beberapa ketika namun hilangkah segala perasaan yang membawa air mata, mana mungkin boleh dipadam rasa syahdu dan rindu pada Tuhan semudah itu, air mata yang mengharapkan kerinduan dan keredhaan Tuhannya, yang ingin merasa hampir pada Penciptanya, kadang-kadang, perasaan tidak boleh diluahkan dengan ucapan semata, kerana lidah itu bijak berkata-kata namun keikhlasannya belum tentu terdetik.
Air mata diibaratkan seperti mutiara yang sukar didapati, mengharapkan sejuta pengorbanan, semahal itukah harga air mata? Mungkin mudah bagi sekelompok manusia untuk air mata nya menitis tapi belum tentu membawa isi. Air mata yang manis dan mahal adalah air mata yang disulami dengan keinsafan, yang dijahit dengan benang-benang taubat, biar tak tebal namun kuat, biar tak mahal namun bertahan, biar tak cantik namun dapat mencantumkan, melonggokkan segala usaha, niat dan fikiran, agar tetap pada yang satu.
Letakkanlah air mata pada tempat yang sepatutnya, tunaikan hak air mata yang akan menjadi saksi di hadapan Penciptanya kelak. Rasakanlah kemanisan air mata yang dibaluti selimut keinsafan agar dirimu terpelihara dari api neraka. InsyaAllah.
Saturday, March 13, 2010
Fikir-fikirkan
Tuesday, February 23, 2010
Good Luck!!
Minggu ni tersangat busy sampai x tau macam mana nak cakap (tapi ada pulak masa nak blogging) hehe..btw, this is just a way of releasing my tension...I love writing and I love blogging actually cuma kadang2 masa je yang tak mengizinkan...
and now, it's already 326am and Im AWAKE - still, budget nak siapkan assignment Biochemistry tapi tak tau kenapa soalan dia macam susah sangat2 sampai tak tau macam mana nak buat and akhirnya biarkan je terdampar di tepi pantai...haha(macam tiba2 je)...
Ok, this week and next week akan penuh dengan assignments and exams, aiyak, dah la x study habis2 lagi, (macam la dah start..haha) tapi takpe, bak kata somebody yang dah senior banyak tahun, I still got time to change! Yes, I can do it! haha (gelak ni tanda kurang setuju..)
okla, macam penat la pulak..nak tidow2...hehe..esok kena bangun pagi, ada claz, xleh ponteng, ibu abah x ajar, hehe (^_^)
To all my friends, Good Luck dalam menempuh Mid-Term Exam.. chaiyok2!!
Saturday, February 13, 2010
-rindu-
Rindu masa2 tiada masalah
Rindu masa2 gembira
Rindu masa2 tiada sedih
Rindu masa2 bersama
Rindu masa2 ketawa
Rindu masa2 bergurau senda
Huhuhuhuhuhu...saya rindu....!! :'(
Sunday, February 07, 2010
Peluklah Dia...
Satu perbuatan yang boleh menyampaikan mesej yang kita sangat sayang pada seseorang adalah dengan memeluk dia tanpa mengatakan apa-apa...
Saya sangat setuju dengan pendapat ni.... dan ketika ini saya merasa ingin memeluk seseorang, yang dapat memberi saya kekuatan dan merasakan sedikit sebanyak beban yang saya lalui utk beberapa ketika... yang kadang-kadang saya fikir agak membebankan dan tak mampu lagi nak tanggung...
Saya ingin memeluk seseorang ini yang saya percaya dan saya yakin boleh menenangkan jiwa saya sekurang-kurangnya walaupun tanpa mengucap sepatah perkataan...
tapi saya takkan dapat peluk dia sebab dia xde depan mata...hehe..
apa pun, mesej yg sy cuba sampaikan, salah satu cara utk memberitahu seseorang bahawa anda sayangkan dia dan menyokong dia serta ingin bersama dia di waktu susah dan senang, peluklah dia... (^^,)
Saturday, February 06, 2010
Real Respect
Speaking of that, I never have the guts to tell everything to my parents yet i need them very very much at this moment...
Abah ada call tapi untuk bercerita tentang masalah, mesti tersekat2 and akhirnya tersimpan di dalam hati jugak..kenapa agaknya ey??
The whole day went for softskill, from 8-4. The topics were nice but some inputs were not as expected. However, "membina pasukan" was really good since I learned a lot from that.
I realised something and I was thinking of starting this new habit - which is to talk less... I think I have talked very much nonsense and it affects my personality, where I may not gain REAL RESPECT. So, thank you to Dr Lim Chan Koon for the good presentation and made me understand of teamwork, teambuilding etc..
to be continued... (^^,)
Thursday, January 28, 2010
Jawapan Allah dalam Al-Quran
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli diri org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Tuesday, January 26, 2010
Lawatan Rumah Anak Yatim
Sabtu yang lepas, saya dan beberapa orang muslimin dan muslimat dari UNIMAS yang mewakili Unit Pengurusan Masjid Unimas (UPMU) mengadakan lawatan sehari bersama anak-anak yatim di rumah kanak-kanak Kuching.
Berbekalkan mata yang mengantuk (kerana tidur lewat & hanya dpt 2 jam tidur), saya melangkah gagah bergerak ke Cempaka dan cuba sampai di tempat berkumpul pada waktunya. Bukankah orang yang memungkiri janji itu orang yang munafik?
Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik / Muna :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bas pun tiba pada waktunya, kusangkakan perjalanan ke sana dapat melelapkan mata ku walaupun sekejap tp suasana yang sangat sejuk dan jarak perjalanan yang dekat tak berjaya melelapkan mataku..hehe
Setengah jam kemudian, kami tiba lah di tempat kejadian (Rumah Kanak-kanak Kuching tu la).. then, saya melihat adik2 kecil beratur dalam barisan. Saya mula rindukan adik2 saya, apa pun, adik2 sendiri lain perasaannya..hehe
Kami perkenalkan diri masing2, aih, saya ni ada satu penyakit agaknya, gementar bila bercakap kat depan, huhu, tak biasa lagi agaknya, nanti2 lah, biasakan diri :)
Bermulalah perhubungan mulia pada hari itu, kanak2 yang sungguh comel dengan gelagat masing2 dan sangat aktif. Pengalaman pertama saya sungguh menggembirakan, yang paling penting sungguh bermakna sebab ia mengajar saya untuk lebih bersyukur dan menghargai kehidupan. Kita semua dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab, dikurniakan tempat tinggal yang selesa tanpa perlu mengharap simpati orang, dikurniakan adik-beradik yang riuh dan menghiburkan tanpa perlu menyimpan perasaan melihat adik-beradik orang lain. Kadang2 kita tak sedar akan nikmat yang Allah kurniakan, yang kita kecohkan dengan nikmat yang tiada depan mata kita. Astaghfirullah, mintak2 dijauhkan perasaan tidak bersyukur itu dalam diri saya..
Terlalu banyak yang berlaku dan banyak yang saya belajar dari adik2 kecil ni, biar pun usia dah meningkat 20 tapi pengalaman saya ada yang tak sehebat adik2 tu, semoga adik2 menjadi orang yang tabah mengharungi dugaan hidup, hidup ini tak sentiasa mudah tapi tak juga sentiasa susah, Tuhan itu Maha Adil.
Saat untuk pulang ke UNIMAS, sedih untuk dikatakan, saya akhirnya berjaya menitikkan airmata, hehe, xpala, orang tengok pun xpala, nak buat macam mana kan, saya seorang yang mudah menangis jugak, so memang xda hal la..hehe
ketika saya peluk dan bersalam dengan mereka, harapan saya cuma satu, bukan mengharapkan kehidupan mereka lebih senang, bukan mengharapkan lebih ramai orang yang melawat, bukan mengharap lebih banyak kekayaan yang mereka dapat tapi saya sangat berharap mereka akan menjadi setabah yang mungkin dan tekad dalam mencari redha Allah tidak kira dalam keadaan susah atau senang.

Friday, January 22, 2010
Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?
Jika ya, berapa banyak keyakinan kamu padaNya?
Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?
Jika ya, apa bukti kamu berkata begitu?
Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?
Jika ya, mengapa kamu masih mengeluh?
Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?
Jika ya, mengapa kamu masih bersedih?
Yakinkah kamu pada Tuhan kamu?
Jika ya, mengapa kamu masih tidak beriman?
Tanyakan soalan-soalan di atas pada diri kita sendiri, dapatkah kita menjawab dengan jujur, sedangkan kita sendiri tiada mengetahui jawapannya.. Bukankah itu sudah membuktikan bahawa hanya Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana?