Tuesday, June 08, 2010

Selamat Hari Lahir



07 June 1962 Satu tarikh keramat untuk seorang lelaki, kedengaran tangisan bayi kecil yang mungkin gembira dapat melihat dunia, mungkin juga sebagai tanda dia bersyukur diberi peluang merasa kehidupan..

Keluarganya menjaga dan membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh, diberi secukup ilmu pengetahuan buat bekalan dunia dan akhirat, diajarkan tentang kehidupan langsung dan tidak langsung..

Walaupun tidak dibaluti kemewahan namun beliau tetap bersyukur kerana itu yang membawanya sehingga ke luar negara, yang menghidupkan beliau sehingga beliau berumur 48 tahun.. 48 tahun sudah merantau di bumi ciptaan Allah, terlampau banyak pengalaman dan pengajaran, tidak ternilai dan tak dapat dibandingkan, itu semua kurniaan Allah sebagai ujian dan juga sebagai bekalan buat kehidupan akhirat kelak..

Seorang isteri bersama 5 orang anak yang setia bersama ketika susah dan senang, yang akan terus menyayanginya sehingga ke akhir hayat.. Keluarga tempat mengadu, keluarga juga tempat berkongsi suka dan duka..

Khas buat abah tersayang, Selamat Hari Lahir, semoga tahun-tahun akan datang akan menjadi lebih bermakna buatmu, semoga hidupmu dirahmati dan diberkati Tuhan yang Esa hingga ke alam akhirat...