Friday, June 11, 2010

Mencari bahagia dalam cinta

Seringkali bertanya pada diri sendiri, adakah cinta itu memberi kebahagiaan?

Jika ya, di mana bahagia itu terletak?

Jika tidak, mengapa manusia bercinta atau mengapa manusia dianugerahkan perasaan cinta?


Cinta bukan sekadar di antara sepasang kekasih atau suami isteri, maksud cinta tersangat mendalam dan tak mungkin dijelaskan dengan kata-kata, hanya hati yang faham bila ia berbicara...

Apakah tanda cinta? Saya pernah terbaca dari satu buku, cinta adalah apabila anda menuruti dan tidak menentang... Mendalam kan makna ni.. Kalau kita fikirkan secara mendalam, tersirat sebuah makna ataupun satu amanat dari Tuhan..

Cinta kepada Tuhan, menuruti dan tidak menentang, membawa mesej membuat segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang... Nampak berat makna ayat ni walaupun hanya tersusun oleh 4 perkataan...

Jika benar kita mengatakan kita cinta kepada Tuhan, adakah kita dah laksanakan amanat tersebut? Sudah ke kita menuruti dan tidak menentangNya.. Sudah tentu belum cukup sempurna, kita masih bertemankan syaitan, masih menuruti iblis, masih terpedaya dengan hawa nafsu, masih tertipu dengan keseronokan dunia..

Sayunya hati bila berkata tentang cinta pada Allah, manusia selalu lupa pada penciptanya sedangkan Allah tidak pernah putus memberi nikmat dan rahmat pada sekalian makhlukNya, baik di darat mahupun di lautan..

Setelah puas berfikir, bahagia dalam cinta terletak pada niatnya, pada lisannya dan pada perbuatannya...

Bukanlah pada niat yang terpesong, bukan juga pada ucapan2 yang melekakan dan bukan juga pada perbuatan yang diharamkan... Cinta kerana Allah, kasih sayang kerana Allah itu sangat indah, letakkan niat kerana redha Allah, ucapkan syukur kerana dapat merasa, amalkan kebaikan dalam setiap perbuatan, insyaAllah bahagia datang dari setiap sudut, hasilnya, hati menjadi tenang, dunia merasa aman, rasa syukur tak ketinggalan...

Rasa cinta takkan berjaya dengan hanya diri sendiri, bahagia cinta hanya mampu dirasa bila dikongsi, sama ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, dan sesama Muslim... Bercintalah dengan semua orang kerana Allah, rindukan lah kerana Allah, berkasih sayanglah kerana Allah dan membencilah juga kerana Allah...

Doa yang sangat indah saat pertama kali terlihat,

" Ya Allah Tuhan yang Maha Penyayang, anugerahilah aku sedikit mahabbah(cinta) dalam diriku untuk semuanya, suburkanlah dalm hatiku rasa rinduku pada semuanya, dan janganlah Kau izinkan perasaan ini melebihi melainkan hanya untukMu... Sesungguhnya Engkau yang Maha Penyayang lagi Maha Penyantun.. "

In conclusion, bercinta tu tak salah, asalkan diletakkan pada haknya.. Diri sendiri berharap agar dapat terus diikat supaya dapat menjaga maruah dan kehormatan diri dan keluarga, sedangkan itu jalan terbaik dan paling disukai Allah... :))