Tuesday, May 04, 2010

Ya Allah

Waktu menunjukkan pukul 3.16am. Saya masih tak dapat nak melelapkan mata. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang ligat berpusing dalam kepala.

Ya Allah...

Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan ketika ini, tiada yang lebih faham selain Dia. Tiada perkataan lain yang lebih memberi aku ketenangan di waktu ini.

Ya Allah, sukarnya...

Sejujurnya, aku terasa berat melihat situasi di sekeliling aku ketika ini, sedangkan aku sedang melaluinya tetapi aku tetap merasa aku tak mampu untuk memikulnya..

Aku sedih, bila memikirkan tentang diriku, aku seorang perempuan remaja yang meningkat dewasa, menamatkan pengajian sebelum waktunya, ketika rakan sebaya bertungkus lumus mengejar cita-cita, aku menarik diri dari segalanya..

Aku sedih, bila memikirkan nasib diri yang tak selalu untung namun aku masih menerima dengan hati yang redha, nasib pelajaranku, nasib pekerjaan & cita-citaku..

Aku sedih bila dibandingkan pencapaianku dengan orang lain.. Aku tidak menyalahkan hal ini seratus peratus kerana aku percaya, perbandingan itu perlu untuk kebaikan, tetapi semua orang tidak menjalani kehidupan yang serupa, lain orang lain nasibnya...

Aku sedih bila tidak diberi peluang untuk berjaya, bila dipandang rendah kerana pencapaianku di matrik tidak begitu cemerlang... Ya Allah, tak tertahan air mata bila disebut dan diungkit.. Aku tak menyesal kalau aku tak berjaya macam adik, macam orang lain sebab aku yakin, segala apa yang kita dapat adalah dari Allah... Kalau kita berusaha banyak mana tapi tak tertulis rezeki kita untuk itu, kita tetap takkan dapat, itu pun dah jelas menunjukkan yang kita sesungguhnya bergantung harap hanya pada Allah, kita taat kerana dengan dayaNya dan kita ingkar juga kerana dengan dayaNya..

Tatkala aku bercerita ni pun dah menitik jugak air mata, jujurnya aku sangat sedih bila memikirkan tentang hal ini.. Siapa yang tak mahu berjaya, semua orang mahu berjaya..cuma mungkin belum rezeki, mungkin rezekinya pada perkara yang lain, hanya Tuhan yang tahu..

Syukur alhamdulillah kerana sekarang masih dapat beribadat dengan sempurna dan mudah, cuba bayangkan nikmat sihat tu ditarik sampai tak dapat nak beribadat, masa tu, kita pasti akan sedar, takde untungnya kekayaan yang kita gila-gila kan tu.. memang duit tu penting tapi bekalan akhirat tu lagi penting, cuba bayangkan roh kita dah ditarik keluar, kita melihat jasad kita dikafankan dan disolatkan, kita melihat jasad kita dikebumikan, waktu tu, tinggallah semua harta benda, anak2 dan pangkat..yang ada cuma bekalan kita, kebajikan, ilmu dan doa anak soleh.. cuba bayangkan kalau kita kurang bekalan, macam mana kita nak tempuh alam akhirat?

Cuba bayangkan ketika tu, kita sedar yang tak banyak kebajikan dah kita lakukan, apa kita nak jawab pada Tuhan, ilmu kita pulak x cukup banyak kerana terlalu banyak masa dihabiskan untuk bersuka ria sehingga tak sempat untuk menimba ilmu, apa kita nak jawab pada Tuhan, anak2 pula tak sempat kita didik untuk menjadi soleh, kita terlalu manjakan sangat dengan kesenangan dan kemewahan dunia, kita biarkan dia hanyut dalam dunia yang dia reka sendiri...saat itu, baru kita sedar yang di bahu kita tiada sikit pun bekalan kita untuk menempuh alam akhirat...nauzubillah...

Sekarang ini, aku rela untuk berkorban demi ibu, jikalau itu yang dia mahu aku lakukan, insyaAllah akan aku cuba usahakan yang termampu, walaupun aku terpaksa menolak tepi impian2 ku, angan2ku...

Cuma yang aku perlukan adalah masa, aku perlukan masa untuk bertenang, berfikir, mengkaji, merancang dan bertindak.. Aku tidak boleh pandai dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun..

Aku tak perlukan orang memberi aku duit, cukup sekadar memahami situasiku dan tidak melemahkan semangatku.. Aku manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan, yang mana kadang2 begitu mudah terguris dengan kata2, yang mana kadang2 begitu mudah terasa dengan cacian dan kutukan, yang mana kadang2 berasa marah bila ditolak dan terus ditolak,..

Sebagai manusia, cubalah untuk berdiri di kasut orang lain.. Saya percaya, selagi kita tak berada di tempat itu, kita tak akan merasa bagaimana perasaan berada di tempat itu..

Setakat ini luahan dari hati yang kecil ini, semoga Allah permudahkan segala urusanku, dan menentukan yang terbaik untuk diriku.. Amin2~