Saturday, August 14, 2010

Happiness is my word now. :')

Hai. Assalamualaikum. :')

Seriously, tak tau mane nak mula sebab banyak sangat kisah dan semua kisah best.
Ok, first and foremost, I wanna wish everyone in the world, specifically Muslims, a Happy and Blessed Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. :')




So, hari ini setelah hampir 10 hari berhijrah ke bumi Cyberjaya, saya balik ke kampung halaman, untuk menjenguk ibu, abah dan adik-adik saya di samping menyambut sehari dua Ramadhan dengan dorang. Sumpah, berbuka puasa dengan family sangat seronok sebab ibu masak lauk pauk yang sangat mengancam, tak macam kat hostel, goreng telur, sayur kacang panjang and sambal sardin. huhuk. :'(   tapi macam mana pun, walaupun lauk itu simple tapi perut kenyang dan yang paling penting, perut orang berpuasa kenyang dan mendapat nutrients even though tak complete and taa cukup. Besar pahalanya beri orang puasa makan taw. :')


(gambar ada ambik tapi dah balik rumah ni tak bawak cable utk connect to transfer all the photos, so just imagine laa all the lauk pauk, the sardine and the telur. hehe)
takpe, satu hari nanti, bila saya free lagi, saya akan buat satu entry khas utk gambar2 sahaja. :')



So, the latest news about me is ... I have further my studies at Cyberjaya University College of Medical Sciences doing Bachelor of Homeopathic Medical Sciences. mesti ada yang tercengang kan, mak datuk, bukan mahal ke tempat tu yang dia nak pergi belajar kat situ. ok, ada a few reasons. tapi saya rasa tak perlu lah saya explain sepanjang 100 meter utk perkara ini.


Seperti yang telah dibincangkan, ini program pertama Homeopathy yang diikitiraf oleh MQA dan PTPTN sudah bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak RM86k bagi sepanjang tempoh pengajian, sebab tu, saya berani ambik dan enrol dalam course ni. sebenarnya, duit yuran pun saya tak habis bayar lagi, setakat bayar duit registration fee and duit sewa hostel. isk, kejamnye kan, dah kaut banyak ilmu dari lecturers and dah guna banyak facilities dia tapi yuran tak bayar lagi. huhu. nanti saya usahakan dalam masa terdekat ni ye. jangan risau, Allah sentiasa ada untuk membantu :')


Saya tak berniat dan tak berminat untuk buat perbandingan antara Universiti Malaysia Sarawak dan Cyberjaya University College of Medical Sciences, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. tapi apa yang saya lebih berminat untuk bercerita ialah tentang program yang saya ambik ni.



Bachelor of Homeopathic Medical Sciences
(boleh try tekan link ni utk tengok group kami :)





Interesting. one word that perfectly describes the whole course and I am starting to love it. Walaupun saya perlu lakukan banyak self-reading tapi saya suka, saya sangat suka, doakan kejayaan saya, semoga saya dapat kecapi sesuatu dari program ini dan paling penting, ia dapat buat saya berbakti, tak kira la pada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa atau negara. :')


Saya bersyukur sangat sebab jalan saya kepada ini dipermudahkan walaupun terpaksa melalui sebuah perjalanan yang panjang dan menyakitkan tapi hari ini saya sedar satu benda. Without those hard days, I won't recognize sweet moments, without those sadness, I won't know what is happiness. Thank God. Syukur Alhamdulillah :')


Kat sini saya ada ramai adik-beradik yang baik-baik belaka. Saya taknak panggil dorang kawan-kawan sebab saya dah anggap dorg macam adik-beradik saya. Sebabnye, bila saya nak balik tadi, walaupun baru berpisah 1 jam, saya dah mula rindukan dorg. huhuk


Dalam class saya, ada 10 students sahaja yang terdiri daripada kumpulan pelajar yang berlainan umur dan background. Age ranges from 20 to 55. and of course, saya lah yang paling muda, hehe. Walaupun kitorang datang dari background yang berlainan dan jarak perbezaan umur yang dekat dan jauh tapi kami rasa sangat rapat dan dekat, mungkin kerana kami dalam kuantiti yang sedikit, bonding itu lebih senang maybe. hehe


I would like to introduce each and everyone of them tapi macam yang saya cakapkan tadi, cable takde, so tak dapat nak transfer photos and all that, nanti saya akan buat satu entry khas untuk gambar, and masa tu nanti saya akan kenalkan kesemua students BHMS termasuk lecturer tersayang kami yang sangat bersusah payah dan bertungkus lumus utk menjayakan program ni. :')



Baik, sebelum saya menyimpang terlalu jauh dan terlupa untuk bercerita dengan lebih lagi, saya nak bukak satu subtopic ni, iaitu orientation. Cuba cakap dengan saya siapa yang suka orientation. kalau ada pun mesti tak ramai kan kan. hehe pandai2 je buat assumption sendiri. ok what happened was, as usual, I kinda hate orientation programs, maybe because I have gone through them several times in my life. Orientation satu benda yang lebih kurang sama mana2 korg pergi pun. But CUCMS changed my mind. They managed to make the orientation such an interesting programme, and I think one of the factor is that, they didn't take long days, they just cramped all activities in 3 and a half days. Even though it was tiring but at least we don't have to face the orientation for such a long time. :)

Basically, that is the conclusion for these 10 days. I have good university, good environment, good lecturer, good friends, good colleagues, good subjects, good references and for me so far everything is good. :')


Doakan kejayaan saya, bukan untuk saya banggakan tetapi untuk saya gunakan supaya dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah saya akan mencuba sehabis baik, walaupun pada masa akan datang, berbagai-bagai dugaan akan singgah, saya akan cuba untuk habiskan program ni sampai habis, sampai saya puas hati. Perjalanan saya masih lagi jauh, masih belum terang lagi bersuluh, masih samar-samar tetapi saya yakin, satu hari nanti, saya pasti akan berjaya. ceh wah, ayat sangat tak menahan. huhu. ini sekadar motivasi buat diri sendiri. hehe :')


okla, setakat ni je pada kali ini, saya nak kena buat research and self-reading yang sangat banyak ni, nak berjaya tak boleh goyang kaki. kan kan? hehe. so, selamat berpuasa everyone, and selamat berbuka :')