Saturday, July 17, 2010

Saya cuba untuk jadi gembira ;)

Hai. Assalamualaikum ;)




Harini saya cuba untuk hidup dengan gembira. :) Apa yang saya dah cuba buat untuk jadi gembira?

Pertama : Saya keluar dari bilik.

Bila saya duduk dalam bilik, maknanya saya bersendirian. bila saya bersendirian, saya pun mula lah feeling2 nak ingat cite lama sume kan, pastu terpasang pulak lagu2 favourite, x kira la rancak ke sedih pastu mula la menitik air mata. huh hampeh! ok bila dah keluar bilik, kite dapat la elakkan diri daripada gejala-gejala sosial yang tak diingini. :p



Kedua : Saya keluar rumah.

sebenanye x pegi mane pun, teman ibu abah n adik je pegi hospital, dorg ada appointment, so sy menawarkan diri utk menjadi driver. memandangkan saya suka drive dan saya suka drive time tension2 ni, jadi boleh la saya kurangkan tekanan. saya pun pakai la secantik yang boleh, bukan untuk mengorat! tapi untuk meningkatkan keyakinan diri dan untuk menyedapkan hati sendiri haha



Ketiga : saya makan.

saya pernah terbaca, makan chocolate boleh memberi mood gembira tapi saya tak makan pun chocolate harini hehe. saya makan buah rambutan sebab dah nenek bawak buah tu je dari kampung, kalau nenek bawak buah manggis, saya makan lah buah manggis. oh, btw, nak share, buah manggis adalah buah yang paling tinggi kandungan anti-oksida nye. so, bagi sesiapa yang nak nampak muda dan rasa muda, rajin2 kan lah diri makan buah manggis k! ;)



Keempat : saya tidur.

saya tidur mestilah sebab saya mengantuk. xde kene mengena pun dengan tekanan atau pape masalah haha :D



Kelima : saya bersenam.

sebenarnya tadi ada terbaca, ada sorg budak perempuan comel ni cakap, kalau nak kurus, pergilah slow walk at least 1 jam sehari. so bajet2 macam nak tone kan badan, tu je niat asal tapi x sangka plk lebih byk manfaat yang kita dpt daripada aktiviti bersenam kat luar ni. kita dapat tengok orang ramai, tengok byk kerenah manusia, tgk kegembiraan2 yang tersebar luas kat luar tu. tadi saya ada ternampak 1 couple ni, dalam kereta la, cina, mungkin baru balik sebab dia masuk ke kawasan perumahan saya, saya nampak senyuman di wajah perempuan tu, semangat bercerita pada lelaki tu, saya rasa gembira bila tgk org lain senyum dan ketawa. x dinafikan saya rasa jeles sebab saya tak dapat nikmati saat macam tu tapi at least saya dapat rasa gembiranya bila melihat dia senyum dan ketawa sambil bercakap. indahnye kan? ;)



Keenam : saya shopping.

ok, bukan shopping raya ok. shopping ni pn terpaksa sbb nk pegi belajar. hehe rasa x sabar nak pergi belajar, nanti dah sibuk boleh la lupakan sikit kesedihan ni :) then pegi shopping lupe plk hrni hr sabtu, hr xde bag plastik. adeh. mcm mn blh lupa hari dh ni. pastu mcm pelik asal la ramai sgt org kat mydin tu, nasib baik la ada adik sorg ni ckp, org shopping raya agaknye. baru teringat dah nak raya tak lama lg, raya pun blh tak terfikir dah. saya betul2 bengong!



Ketujuh : sudah semestinya saya berdoa!

berdoalah kawan2 tak kira masa susah atau senang, doa lah yang beri kita kekuatan, yang beri kita harapan walaupun pada dasarnya kita rasa kita takde sebab untuk hidup lagi, kita rasa tersangat kecewa dan sebagainya, berdoalah, doa dapat memberi kekuatan yang luar biasa ;)



itulah antara usaha saya untuk menggembirakan hidup ni. rasanya kalau diturut rasa emosi, mesti saya takkan boleh gembira. tapi cuba fikir untuk gembira, dan fikir anda akan gembira, sememangnya kamu akan gembira walaupun dugaan datang bertimpa-timpa.



saya kongsikan ini bukan untuk mewar-warkan pada org tentang kesedihan tapi nak mengajak bagi sesiapa yang sedang bersedih atau sedang kecewa, ingatlah masih ada harapan walau keadaan sesulit mana. insyaAllah ;)


ingatlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 1 pintu tertutup, 100 lagi pintu terbuka dalam menuju sesuatu yang kita idamkan. 1 orang membenci, 1000 orang lagi menyayangi.