Monday, July 26, 2010

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. part 1

Hai dan assalamualaikum ;)






mula-mula sekali, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban. Kejap je dah tukar buku kan, kalau la kite boleh tengok isi kandungan buku amalan kite tu, mesti kite dengan terhegeh2nya nak buat kebajikan. mesti kite baru sedar yang dosa lebih banyak dari pahala. tapi itulah ujiannya, kite tak tau apa isi kandungan buku tu. 


okla, mari kita share satu benda. Ingat x 5 perkara sebelum 5 perkara?


1) Sihat sebelum sakit
2) Muda sebelum tua
3) Kaya sebelum miskin
4) Lapang sebelum sempit
5) Hidup sebelum mati






macam dalam lagu kumpulan Raihan tu. (sebenarnye kan masa nak tulis raihan ni, saya tertulis rihanna. haha)


bagi sesiapa yang macam dah terlupa atau tetibe rasa macam nak menyanyikan lagu raihan tu, saya sediakan link dia dah ni. nah, tekan ni --- sini sini (tajuk lagu die demi masa)


saya bukan nak bagi ceramah tak berdaftar ke ape, hehe, cuma nak berkongsi peringatan ni dan menyedarkan diri sendiri, sesiapa yang macam terasa tu bagus jugak, meh la kite fikir2kan :)




kite terus pergi topik yang pertama sebab sejak kebelakangan ni, ramai orang di sekeliling saya yang diuji dengan penyakit. nauzubillah. mungkin penyucian dosa di masa silam. saya pernah terbaca dalam buku, dia berkata, "kalau anda sakit, janganlah meminta dicepatkan penyembuhan kerana terdapat banyak hikmah di sebalik penyakit tersebut"




pada hari ini kita mungkin sihat walafiat ataupun ada yang terlebih sihat tapi kita tak tahu kalau2 esok kita sakit. cuba tanya pada diri, kita dah bersedia tak untuk diuji dengan dugaan penyakit. bila mana kita diuji dengan nikmat rasa kita, kita tak mampu nak merasa berbagai2 makanan, ataupun kita diuji dengan penyakit muntah, ape je yang kita makan kita akan muntahkan. ataupun kita diuji dengan sistem penghadaman kita, yang mana usus kita tak dapat lagi memproses makanan dengan baik, so kita tak dapat nak makan makanan yang sesuke hati ibubapa kita tapi kite boleh makan makanan yang lemah lembut sahaja. 




itu baru bab makan, belum masuk bab pergerakan. cuba bayangkan kita diuji dengan penyakit yang membuatkan pergerakan kita sangat limited. kaki kita sakit, tangan kita sakit, pinggang kita sakit, semuanya sakit, macam mana nak gerak, kita sangat bergantung harap pada orang lain untuk menguruskan kita. dah bersedia ke kita dengan ujian sebegitu?




cuba kita usha2 bab masalah2 lain macam pernafasan, perkumuhan, dan lain2. kalau kita diuji dengan penyakit yang buat kita tak dapat bernafas macam biasa, tak dapat berbicara macam biasa, tak dapat membuang najis2 dan bahan kumbahan (kumuhan kan sebenarnya?) macam biasa? dah bersedia ke kita dengan ujian macam ni?




kalau kita nak kaji, kenapa agaknya penyakit2 ni menyerang kita? sedangkan kita tak pernah kacau dorg kan, kita tak pernah cari pasal dengan dorg sebab kita tak tau pun macam mana nak serang dorg haha.
okay, serius serius. dari apa yang saya perhatikan, punca utama kepada penyakit2 ini adalah gaya hidup. haa, apekebende nye gaya hidup ni?


gaya hidup ni adalah cara kita menjalani kehidupan seharian. dari kita bangun tidur sampai lah kita tidur balik. sebenarnya semua benda yang kita buat termasuklah benda2 yang paling kecik sekali sangat memberi kesan kepada badan kita waima cara kita berfikir sekali.


orang yang sihat sudah tentunya menjalani gaya hidup yang sihat. makan makanan yang berkhasiat, bersenam dengan konsistennya dan paling penting mempunyai perspektif yang sangat terbuka tentang kehidupan. janganlah kita sentiasa berfikiran negatif sebab semuaaaa yang terjadi atas bumi ni, tak kire lah atas ke bawah ke, semuanya dah ditentukan dan dirancang oleh yang Maha Kuasa, jadi kita tak perlulah nak risau lebih2, Dia adalah Perancang yang Maha Bijaksana :)


selain dari tu, pemikiran kita juge menyumbang kepada kesihatan kite. andai kata kite ditimpa masalah, kita boleh bersusah hati sekejap tapi tak boleh lama2 sebab itu boleh mengurangkan kewarasan dalam akal kita. (ok, ini bukan fakta tapi saya punya pendapat sahaja. hehe)




solat mempunyai banyak faedah termasuklah dari aspek kesihatan. dengan itu, marilah kita rajinkan diri bersolat untuk kesihatan badan dan minda. (ini kajian sains dan ada fakta cuma malas nak include)


bersenam juga dapat mengawal kesihatan badan dari segi pengumpulan lemak, berat badan, peredaran darah, jantung dan sebagainya. rajin2kan lah diri untuk bersenam, x pun buat aerobik. kalau nak badan sexy bergetah. buatlah yoga, it realy works, seriously!


and on top of everything, smile! whatever happens, smile! (^_^)



setakat ni, itu je yang saya nak share. tentang kesihatan. jagalah kesihatan anda sebaik mungkin, ingat, sihat sebelum sakit. bila dah sakit nanti susah. percayalah. 



ingat. SIHAT SEBELUM SAKIT.

Thursday, July 22, 2010

saya minta maaf


Hai. Assalamualaikum :)



Saya tak berniat nak tulis post panjang2 cuma satu benda yang saya nak cakap, saya rasa bersalah yang teramat sangat sebab menulis tentang masalah bagai dekat belog ni. saya tau perangai saya tu tak elok, saya tak sepatutnya bagitau orang yang saya ada masalah. saya sepatutnya mengadu segalanya pada Allah. huhu

saya minta maaf kalau saya dah memberatkan mata sesiapa yang telah membaca entry2 sebelum ni. saya berharap yang saya sendiri takkan tulis benda2 macam tu lagi. belog adalah satu tempat untuk kite berkongsi cerita --------- cerita yang boleh dikongsi sahaja. saya rasa amat bersalah -.-

saya minta maaf. saya nak menangis sekejap.



saya menangis. wuwu :'(





pengajaran : mengadukan bala pada Tuhan adalah mulia. mengadu kepada selain-Nya adalah hina.

Tuesday, July 20, 2010

Siapa nak pegi bercuti?






jom jom! :)


ok, saya ada azam baru walaupun bukan tahun baru. eh sape kate azam boleh buat time tahun baru je?? azam sepatutnya menjadi satu target dalam kehidupan kite :)


saya dah tau satu cara macam mana nak jadi lebih bahagia. bercuti la jawabnye.

sape nak ikut? kite gerak ramai2. tp xdela cuti sampai pegi oversea u, setakat dalam malaysia, cuti-cuti malaysia laaa :)


dan dan dan....................

lokasi pertama yang saya nak pergi ialah...........................






















KELANTAN :)


besar betul bendera kelantan sampai terlebih lebih pulak dia dari border.xpela, layan ajela.



eh eh kenape kelantan eh? laaa, suke hati saya la, badan saya, duit saya haha


saya nak buat satu journal, cehhhhhhhhh -,-
x, saya nak buat satu album tentang cuti-cuti malaysia saya ni. ok sila jangan gelak.


my first location is kelantan, 2nd location nanti baru fikir sebab 1st location ni pun x setel lg hehe

haa, ape yang best nye kelantan ni? dah laa xde panggung wayang. dey, kite g cuti bukan nak tgk wayang la der, kite nak menikmati keindahan alam di samping menambah ilmu pengetahuan tentang budaya dorg. ^^

kalau x silap saya, kelantan ada 4 pantai dan pantai yang paling banyak diperkatakan orang ialah Pantai Cahaya Bulan atau nama sebelumnya, Pantai Cinta Berahi. (^___^)
pantai dia nampak macam cantik, pasir halus2, kalau dapat picnic sambil makan2 x ke seronok tu.

pastu kat sane ada tempat buat batik dan songket, boleh la kite tau mcm mn cara2 nk buat batik n songket ni, silap2 boleh dpt kain free hikhik
n bagi sesiapa yang tak pernah tgk atau x pernah tau mcm mana kehidupan nelayan, boleh pegi fishing village. kat situ dia ada perkampungan nelayan, mestilah takkan perkampungan mekanik pule. ape laa penulis ni -,-





ada sape2 yg nak ikut? saya rasa nak pegi hujung tahun ni laa, kumpul duit sikit2, dpt buat tambang bas, duit makan cket2, tempat tinggal kite tumpang laaa rumah sape2 :D

meh meh kite bercuti-cuti malaysia! (^_^)

Sunday, July 18, 2010

x mudah kan?

Hai. Assalamualaikum ;)




Seronoknya kalau dapat jadi budak-budak kan, x banyak benda nak difikirkan, boleh main sesuka hati, pastu ramai pulak orang jaga, orang suka hehe. tambah2 lagi kalau muka comel macam anak patung, badan tembam2 boleh peluk macam bantal peluk. memang sume org suka, sume org nak peluk :D


tapi ingat lagi, masa kecik2, selalu teringin nak jadi besar sebab boleh buat macam2, konon boleh pakai baju tu, boleh pegi sane sini, boleh keluar hang out, huh fatamorgana je tu sume tu. hakikatnya semakin dewasa kita, semakin banyak benda nak difikir..


dan di saat ini, ada 1 perkara yang sentiasa berlegar2 di kepala otak fikiran saya ni. abah saya dah mula sakit, batuk tak berhenti, saya risau, saya takut kalau ape2 jadi, saya anak sulung, mampu ke saya nak bantu keluarga ni.


satu hari abah pernah berkata,

abah: badriyah, nanti dah habis belajar, boleh tolong tanggung adik2 belajar x?

saya: (air mata mula bergenang, dada mula berdebar, denyutan semakin laju sambil bermonolog dalaman, ape kene dgn abah ni, knp tanya soalan cmni, mestilah aku akan tlg keluarga ni, aku anak sulung) insyaallah abah, selagi termampu, kite akan tolong abah.

abah: baguslah cmtu, mane tau pape jadi kat abah, badriyah tlg la tanggung adik2 belajar sampai berjaya k.

saya: (tak mampu menahan sebak di dada dan air mata yang bergenang lalu tumpah ke pipi) ok, insyaallah abah.



abah meletak harapan yang tinggi pada saya, sedangkan saya ni yang asyik x berjaya lagi, dah belajar boleh berhenti belajar, sbb dgn harapan boleh kerja dan tlg adik2 nak belajar. tapi tenaga perempuan x macam lelaki, lelaki boleh buat kerja mcm2, perempuan x, tenaga perempuan agak limited.

kadang2 saya bertanya pada diri sendiri, knp la saya bkn lelaki, kalau x mesti sy blh tlg ringankan beban abah utk cari duit. $$$$$$$$
duit, duit. ape la masalah ko ni. knp la susah betul nak dpt ko.
ada org pernah cakap,

ala, duduk subang jaya pun nak kecoh susah.

kadang2 kita hanya nampak apa yang ada di permukaannya shj, tapi kita tak tau apa yang tersimpan di dasarnya. walaupun nampak macam abah sy org senang tp dia ada banyak tanggungan, secara sengaja dan tidak sengaja. kadang2 saya tak faham jgk, kenapa masih ada org yg blh hidup dgn penat lelah org lain, cuba lah usaha utk hidup, kalau abah boleh, kenapa korg x blh? tolong la faham keadaan abah. abah tak boleh berkata tidak, anda sebagai ketua keluarga sepatutnya sedar ttg tanggungjawab ni, bukannya tau berkeluarga tapi tak tau nak jaga.

n saya teringat seseorang pernah berkata,


money is not everything but everything needs money.

bila abah sakit, kerisauan saya bertambah berganda2, sbb ibu dah mmg sedia sakit, mmg harapkan abah je utk uruskan pasal nafkah duit dan segala. tapi kalau abah sakit, mana saya nak mintak tlg? adik2 pulak ramai berderet hehe

kadang2 tgk muka adik2 ni mesti ada rasa sedih sikit sebab mesti terfikir, mampu tak budak2 ni nak menghadapi dunia luar, sedangkan aku ni yang dah setua ni pun kadang2 rasa x mampu dan rasa putus asa.


apa yang aku mampu lakukan......hanya lah berdoa.. doakan untuk saya sekali kawan2 :(

dunia oh dunia. x mudah kan?

Saturday, July 17, 2010

Saya cuba untuk jadi gembira ;)

Hai. Assalamualaikum ;)




Harini saya cuba untuk hidup dengan gembira. :) Apa yang saya dah cuba buat untuk jadi gembira?

Pertama : Saya keluar dari bilik.

Bila saya duduk dalam bilik, maknanya saya bersendirian. bila saya bersendirian, saya pun mula lah feeling2 nak ingat cite lama sume kan, pastu terpasang pulak lagu2 favourite, x kira la rancak ke sedih pastu mula la menitik air mata. huh hampeh! ok bila dah keluar bilik, kite dapat la elakkan diri daripada gejala-gejala sosial yang tak diingini. :p



Kedua : Saya keluar rumah.

sebenanye x pegi mane pun, teman ibu abah n adik je pegi hospital, dorg ada appointment, so sy menawarkan diri utk menjadi driver. memandangkan saya suka drive dan saya suka drive time tension2 ni, jadi boleh la saya kurangkan tekanan. saya pun pakai la secantik yang boleh, bukan untuk mengorat! tapi untuk meningkatkan keyakinan diri dan untuk menyedapkan hati sendiri haha



Ketiga : saya makan.

saya pernah terbaca, makan chocolate boleh memberi mood gembira tapi saya tak makan pun chocolate harini hehe. saya makan buah rambutan sebab dah nenek bawak buah tu je dari kampung, kalau nenek bawak buah manggis, saya makan lah buah manggis. oh, btw, nak share, buah manggis adalah buah yang paling tinggi kandungan anti-oksida nye. so, bagi sesiapa yang nak nampak muda dan rasa muda, rajin2 kan lah diri makan buah manggis k! ;)



Keempat : saya tidur.

saya tidur mestilah sebab saya mengantuk. xde kene mengena pun dengan tekanan atau pape masalah haha :D



Kelima : saya bersenam.

sebenarnya tadi ada terbaca, ada sorg budak perempuan comel ni cakap, kalau nak kurus, pergilah slow walk at least 1 jam sehari. so bajet2 macam nak tone kan badan, tu je niat asal tapi x sangka plk lebih byk manfaat yang kita dpt daripada aktiviti bersenam kat luar ni. kita dapat tengok orang ramai, tengok byk kerenah manusia, tgk kegembiraan2 yang tersebar luas kat luar tu. tadi saya ada ternampak 1 couple ni, dalam kereta la, cina, mungkin baru balik sebab dia masuk ke kawasan perumahan saya, saya nampak senyuman di wajah perempuan tu, semangat bercerita pada lelaki tu, saya rasa gembira bila tgk org lain senyum dan ketawa. x dinafikan saya rasa jeles sebab saya tak dapat nikmati saat macam tu tapi at least saya dapat rasa gembiranya bila melihat dia senyum dan ketawa sambil bercakap. indahnye kan? ;)



Keenam : saya shopping.

ok, bukan shopping raya ok. shopping ni pn terpaksa sbb nk pegi belajar. hehe rasa x sabar nak pergi belajar, nanti dah sibuk boleh la lupakan sikit kesedihan ni :) then pegi shopping lupe plk hrni hr sabtu, hr xde bag plastik. adeh. mcm mn blh lupa hari dh ni. pastu mcm pelik asal la ramai sgt org kat mydin tu, nasib baik la ada adik sorg ni ckp, org shopping raya agaknye. baru teringat dah nak raya tak lama lg, raya pun blh tak terfikir dah. saya betul2 bengong!



Ketujuh : sudah semestinya saya berdoa!

berdoalah kawan2 tak kira masa susah atau senang, doa lah yang beri kita kekuatan, yang beri kita harapan walaupun pada dasarnya kita rasa kita takde sebab untuk hidup lagi, kita rasa tersangat kecewa dan sebagainya, berdoalah, doa dapat memberi kekuatan yang luar biasa ;)



itulah antara usaha saya untuk menggembirakan hidup ni. rasanya kalau diturut rasa emosi, mesti saya takkan boleh gembira. tapi cuba fikir untuk gembira, dan fikir anda akan gembira, sememangnya kamu akan gembira walaupun dugaan datang bertimpa-timpa.



saya kongsikan ini bukan untuk mewar-warkan pada org tentang kesedihan tapi nak mengajak bagi sesiapa yang sedang bersedih atau sedang kecewa, ingatlah masih ada harapan walau keadaan sesulit mana. insyaAllah ;)


ingatlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 1 pintu tertutup, 100 lagi pintu terbuka dalam menuju sesuatu yang kita idamkan. 1 orang membenci, 1000 orang lagi menyayangi.

Thursday, July 15, 2010

menangis-nangis dahulu, bersenyum-senyum kemudian

Hai. Assalamualaikum :)




A clever man will know what to say. A wise man will know whether or not to say it.



Pertama sekali nak mintak maaf la kalau post2 sebelum ni agak emo ke feeling ke agak perasaan ke. Sorry okay! Bukan nak memancing sesiapa atau nak tunjuk handal dalam berfeeling, cuma rasa teringin untuk berkongsi supaya dapat dijadikan pedoman pada orang lain. :)


Berbalik pada ayat di atas tadi. Saya nak ceritakan satu kisah yang tersimpan banyak pengajaran.

Dalam hidup ni, tak semua benda perlu diberitahu. dalam erti mudah, ada beberapa perkara yang perlu kita simpan sebagai rahsia. terutama sekali soal hati sebab manusia ni sangat kompleks, dan hatinya sangat lah sensitif. jadi, dengan mengambil langkah berjaga-jaga ni dapat mengelakkan daripada masalah-masalah yang akan muncul pada masa akan datang.


Kenapa kita perlu tahan diri kita dari berkata sesetengah perkara?

1) Untuk menjaga hati dan perasaan orang lain
2) Untuk menjaga perhubungan kita sesama yang lain
3) Untuk menjaga maruah diri
4) Untuk mengelakkan diri dari kesilapan yang serius
5) Untuk mengelakkan diri dari rasa menyesal pada masa akan datang


setakat ni yang dapat saya fikirkan 5 perkara ni la, yg ni pun sy rasa sangat utama.

sebagai contoh, kalau kita sayangkan seseorang, walaupun dalam lirik lagu ada cakap, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. walaupun sesetengah orang kata, beritahulah pada orang yang anda sayang sebelum anda tak sempat untuk memberitahu. first sekali kita kena check sesuai ke tak untuk kita cakap, sebab mungkin dia dah berpunya atau dia benci kat kita, cuba bayangkan kalau kita cakap, bukan ke keadaan akan menjadi lebih teruk? kan lebih elok dapat berkawan secara biasa berbanding tak bertegur sapa, dua-duanya rasa kekok dan tak selesa kalau berjumpa. di sini jugaklah timbulnya soal pengorbanan. sebelah pihak harus berkorban untuk kebaikan dan kebahagiaan sebelah pihak yang lain. kalau ada jodoh antara duanya, insyaAllah kamu akan bersatu jugak, tapi kalau takde, cuba lah untuk fikir yang mungkin ada orang yang lebih sesuai untuk kamu atau kamu sebenarnya tak cukup baik untuk orang seperti dia sehingga Allah tak membenarkan kamu untuk bersama dia.


satu lagi contoh yang lain, kalau kita benci kat orang tu, patut ke kita berterus terang dengan selambanye? memang la sesetengah orang kata, honesty is the best policy ataupun jujur itu lebih baik tapi andai kata kalau anda beritahu pada orang yang anda benci bahawa anda sangat benci pada dia sehingga anda meminta pada dia untuk keluar dari hidup anda, ada tak anda terfikir apa kesan dia pada orang tu? orang tu mungkin akan berasa sangat sedih dan saat tu lah dia berpotensi untuk berasa mudah putus asa, putus harapan, tak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.. anda suka ke kalau orang lain terseksa dengan kata-kata anda walaupun anda bersikap jujur?



saya tak kata saya baik sebab saya pun pernah buat perkara yang sama satu masa dulu tapi dari situ saya belajar tentang kehidupan, saya belajar tentang perhubungan. perhubungan bukan semata-mata pasal komunikasi, bukan semata-mata pasal keserasian, tapi ia lebih dari tu, dan paling penting, perhubungan memerlukan pengorbanan.





The key to the heart has broken. Hope someday an expert will unlock this.



Pernah dengar tak ayat ni? Ayat ni saya tak cilok mana-mana k, kalau ada yg sama mungkin kebetulan dan xde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. :)


Bagi sesiapa yang pernah patah hati atau putus cinta, mungkin dapat memahami apa yang tersirat di sebalik ayat ni. apa yang saya cerita dalam blog ni tak semestinya kena mengena dengan saya, kadang-kadang saya memerhatikan keadaan sekeliling dan saya dah boleh baca dah. dari situ la, saya jadikan satu cerita supaya saya dapat ambik pengajaran dan dlm masa yang sama, saya nak semua orang belajar apa yang saya belajar :)


Saya tak tau macam mana perasaan patah hati, mungkin sedih, kecewa, tak bersemangat, serik bercinta tapi bagi saya, bila kita dah sayangkan seseorang, takde apa yang lebih penting selain dari kebahagiaan orang tu. walaupun kita terpaksa gadaikan air mata kita untuk sebuah senyuman dia. mungkin laaa.. saya tak pandai la cintan cintun ni. oh ye, dalam hidup saya, kalau nak kira yang serius, saya pernah bercinta sekali je, dan sampai sekarang hati saya tak terbuka untuk orang lain lagi tapi kegagalan perhubungan tu salahnya datang dari pihak saya, so saya tak salahkan pihak sebelah sana :)


cakap senang, nak buat susah. memang betul, kadang-kadang diri sendiri terkorban untuk kebahagiaan orang lain tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk cinta, bukannya wang ringgit, bukannya harta benda. hai, beruntunglah siapa dapat saya kan, haha. :P

sampai ke saat ni, saya tak pernah berputus asa mendoakan kebahagiaan orang yang saya sayang, tak kira lah siapa pun, walaupun saya terpaksa korbankan kebahagiaan saya, walaupun saya terpaksa korbankan segala impian saya demi kebahagiaan orang lain :) dan sejujurnya saya tak pernah berhenti mengharap untuk mendapat kebahagiaan. sebab kadang-kadang, bahagia itu sebenarnya dalam tangisan, dalam duka, dalam kekecewaan cuma kita tak nampak. cehh -,-




okla, rasa macam dah banyak dah membebel dalam entry ni. harap2 tak bosan la pembaca membacanya. :)
yang paling penting, berdoa dan berdoa sebab takde siapa dapat bagi apa yang kita nak selain Allah. kalau kita tak meminta pada Dia, Dia pun takkan bagi selaras dengan kemahuan kita. bersangka baik lah dengan Tuhan kita, Dia Maha Pemurah Maha Penyayang.


satu lagi kata dari saya, menangis-nangis dahulu, bersenyum-senyum kemudian (^_^)

Sunday, July 11, 2010

what a weekend :)



Hai, assalamualaikum :)


Agenda 1 : Kemas bilik


Weekend ni agak penat cket, pegi sane pegi sini, jalan sane jalan sini, keluar pagi balik malam, penatpenatpenat. wuwu. saya tulis dekat2 dan ulang untuk menunjukkan ketegasan ayat tersebut. :)

Hobi yang saya buat minggu ni ialah mengemas, nasib baik suke mengemas, kalau Allah tak bagi minat ni, xtau la ape nak jadi. hehe. So, kemas la bilik yang bak kata ibu macam bilik kucing beranak. X baik tau ibu ni, mana ada kucing dalam bilik ni apatah lagi kucing nak beranak. wuwu.

Disebabkan agak terasa dengan sindiran ibu mertuaku, eh silap, ibu kandungku itu, saya pun kemas la billik bagi cantikcantikcantik. ehee :)
nasib baik sekejap je kemas, mungkin sebab dah biasa mengemas kan, so no hal lah. (haha.statement sangat memuji diri sendiri. :P)

nak tengok gambar? tengokla betul ke x betul bilik macam kucing nak beranak ke kucing nak bersalin ke.









ok. sudah semestinya ini bukan katil saya.katil ini kepunyaan seorang gadis yang sedang belajar di UTM.





haa. ni baru katil saya, kemas x kemas! hehe. yela, sbb org sebelah dah xde kan, kite campak2 la brg2 atas katil dia. haha





ok, ini pandangan separuh dari bilik, part almari xyhla ambik kot, sbb dh confirm2 kemas kan. :P






ok. sudah.sudah.sudah. sudah2 la mengutuk bilik saya. haha :P
now dah cantik tau, walaupun x besar mana kan :( tapi kemas ok. sedap mata memandang, sejuk badan merasa sebab pasang aircond.hikhik :p





haa.macam nila bilik saya. comelcomelcomel kan.hehe
btw, bear yg warna putih tu buah hati sy bagi. eh, tp skrg dia buah hati org lain dah. wuwu :(
comelcomelcomel mcm tuan dia kan.hehe.nama dia BULAN.
:)




Agenda 2 : Bagi burung makan


Pada suatu pagi yang indah, kami 4 beranak nak sarapan. sebelum nak pegi sarapan, adik saya yang kecik ni yang paling manja ni, dok bising nak bagi burung makan. ceh, konon sungguh baik hati la tu nak bagi burung makan. haha. jahat nye kakak ni, ape la salahnya adik nak berbakti pada alam semesta. :p


Kami pun bergerak la naik kereta menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu padang berhampiran rumah. Memang kat situ banyak burung-burung singgah untuk mencari makanan. Nak2 pulak burung merpati, bukan calang2 burung tau. hehe



inilah adik yang paling kecik yang paling manja, Adam Haikal bin Kamariza, nama penuh gitu. hehe





peace.peace.peace.






itu pule kedua orang tua saya, bonda dan ayahanda. hikhik





Agenda 3 : Sarapan


ok, then ktorg pergi isi perut ktorg pulak lepas dah habis isi perut burung2 tadi. sangat cute kan burung2 tersebut. :)
mcm biasa, ktorg pergi warung kat ss19, situ mmg byk warung ke gerai ke restoran ke. tapi x semua nye sedap.hehe. kalau pegi, pandai2 la pilih. bak kata org, kalau ramai pelanggan tu maknenye sedap la tu :)



Kamariza bin Ahmad
ayahanda tercinta :)



Zaitun binti Abd Jalil
bonda tersayang :)



Adam Haikal b. Kamariza
anak bongsu keluarga :)



Khairul Badriyah bt Kamariza
anak sulung keluarga, yang paling kiut, paling comel hikhik :p



btw, saya makan roti canai je. eh roti canai pun banyak kalori tau! dan air kosong adalah air kegemaran saya :)



adik beradik saya ramai lagi sebenarnya tapi masing-masing ada hal masing-masing. so, ktorg jela yang sedia ada :)




Agenda 4 : Majlis Sambutan Isra' Mikraj


Tepat jam 5 petang lebih, saya, ibu, abah n adam bergerak ke KL utk sambutan Isra' Mikraj. Ada ceramah sikit2. on the way tu pegi tengok kereta jap kat area zoo negara tapi x best kereta tu, x cantik hehe :P


Sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................................. la pukul 2 pagi baru ktorg bertolak balik. wuwu. penat.........................penat sangat..................................orang lelaki kalau dah berborak x ingat anak bini dah.. :(

KL pulak jam bagai sane sini, tutup jalan repair jalan. dekat pukul 3 baru sampai rumah. apalagi balik terus mandi, igt nak tido tp tgk jam, teringat kat german pulak....tengok la match germany, nasib baik menang, berbaloi la jgk dgn kepenatan. :) and yang paling penting OZIL sangat handsome time match tu. eh boleh pulak cmtu kn. hehe


lepas tu, apa lagi........................... tido la sampai pagi. hikhik


tapi.tapi.


kena bangun awal jgk... sebab nak pergi ambik adik kat UTM Jalan Semarak. wuwu :(
penatnye la :(


setibanya di KL, boleh pulak tersesat, disebabkan ada masalah sedikit, masalah yang tak perlulah ditulis di sini demi menjaga nama baik UTM dan nama baik keluarga. haha

ok.pusing2 KL dekat sejam baru la jumpa pintu masuk kolej kediaman dia tu.hampeh!
kepala sume pun dah pusing, dah pening. angin sume dah naik sampai hidung.ape lagi.hehehe




disebabkan agenda2 ni agak memenatkan, xde la gambar yang cuba diambil dan direkodkan. bila kepala dah pening, badan dah penat, xde nye mood nak ambik gambar ke nak bergambar ke.

anyhow, it was a great weekend. :)

dan dan saya tak tengok pun final match semalam sbb terlampauuuu penat! lagi pun x kisah sgt siapa kalah siapa menang sbb negara yang disokong dh pn dpt tmpt ke3 :)



and sekarang, saya hanya menghitung hari sebelum tibanya hari bahagia saya. cehwah. ayat xleh blah nak gempak je. haha. ok nak tau apebenda yang bahagia nye. meh la kite tunggu sama2, 24 hari lagi :)

Sunday, July 04, 2010

Ada orang lain yang lebih susah dari kita.

Tarikh 4 July 2010 merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup adik aku, Asiah bt Kamariza sebab dia dah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading hari ini. Harapan aku cuma satu utk dia, supaya dia x jadi seperti aku dan dia dapat belajar jadi orang yang sangat sangat tabah dalam hidup ni. :)

Beliau telah pun mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. dekat je pun, xjauh mana, alhamdulillah la, x susah transport and senang kalau ada pape masalah. :)

Beliau mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrikal (Komunikasi). ceh, skema bin bahasa betul aku ni, haha. anyway, sebenarnya aku nak cerita something yang aku pelajari harini and aku yakin kalau sesiapa yang melihatnya pasti akan tersayat hati dan akan tersedar dari lamunan.

Ada 2 orang pelajar UTM yang telah memikat hati aku tadi dengan kegigihan dorang. Yang sorang tu, pelajar lelaki Melayu. Dia datang mendaftar seorang diri, tanpa ditemani ibu bapa dan ahli keluarga yang lain dan dia hanya berbekalkan 3 beg termasuk beg yang diberi oleh UTM. Kesian aku tengok, semuanya dia buat sendiri, mungkin dia anak orang susah atau mungkin dia anak yatim, wallahu'alam. Kalau kita kata kita susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita.

Seorang lagi budak, lelaki Cina yang datang seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Bagi aku kisah ni lebih menyayat hati dan lebih mencabar sebab budak ni, dia tinggal di Kajang. Ayah dia suruh dia kerja lepas STPM tapi dia gigih jugak nak sambung belajar. Tapi ayah dia kata, kalau dia nak sambung blaja, ayah dia xnk tanggung dan xnk hantar dia. Then dia kata, it's ok. dia boleh uruskan semuanya sendiri.

So, dia datang berbekalkan 1 beg galas dan 1 beg baju. kesian kan. isk isk. sedih tengok tau, hampir menitik air mataku ini. betapa berat nya dugaan orang lain yang kita selalu sangka dugaan kita berat, yang kita selalu putus asa dengan dugaan yang sbnrnya x seberapa kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain.

Aku tabik spring pada dua orang mamat tadi, aku yakin dorg akan berjaya satu hari nanti. Walaupun tak dihantar atau x mendapat sokongan keluarga, aku yakin, berbekalkan keazaman dan usaha, mereka akan berjaya dengan izin Allah.

Generasi macam ni lah yang kita nak bangunkan, yang kita nak tumbuhkan. Bukan generasi yang hanya tahu bersuka ria atau berseronok sahaja. Aku betul2 terpukul dengan kisah dua orang budak ni, dan dari dorg ni lah aku belajar tentang kehidupan. dan alhamdulillah, mereka dua orang lah yang telah memberi aku semangat baru dalam hidup ni.

Kalaulah aku sempat ambik gambar dorg, memang dah aku ambik and dah aku upload. kalau diberi keizinan, memang aku nak hantar kat surat khabar supaya media dapat ketengahkan kisah2 menarik macam ni supaya dapat bagi motivasi pada orang lain kat luar sana.

Pada adik2 dua orang tu, saya doakan awak berjaya dan dapat yang terbaik dari Tuhan sebab x semestinya yang manis itu yang terbaik. :)

Dan mulai hari ini, aku dah tahu apa yang aku nak dan insyaAllah aku akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan apa yang aku nak. :))

Pelangi Petang

Sudirman - Pelangi Petang

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung bersamanya

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua


Aku suka sangat2 lagu ni, xtau kenapa, mungkin sbb ada kena mengena kot. hehe. Enjoy the song :)